“Peragut tutup no plat guna plastik” – Wanita Diragut & Langgar Lari Ketika Bawa Motosikal Di Klang

Tambah ke Sumber Pilihan
“Peragut tutup no plat guna plastik” – Wanita Diragut & Langgar Lari Ketika Bawa Motosikal Di Klang

Satu video rakaman dashcam telah tular baru-baru ini menunjukkan seorang penunggang motosikal telah diragut oleh penunggang motosikal yang lain.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Zarina, Persiaran Raja Muda Musa yang terletak di Klang, Selangor.


Kena ragut dan langgar lari

Menerusi hantaran video oleh @MALAYSIAVIRALLL di X, ia menunjukkan sebuah motosikal yang ditunggangi oleh mangsa telah diekori rapat oleh si peragut yang sama menaiki motosikal.

Artikel berkaitan: Wanita Mengamuk Rantai Emas Diragut, Orang Awam Sempat Tangkap Pelaku Sebelum Kena Belasah

Artikel berkaitan: “Nak samun sangat!” – [VIDEO] Pemandu Mercedes Sanggup Korbankan Kereta Demi Kejar Peragut

Tiba-tiba, barang mangsa ditarik sehingga menyebabkan dia terjatuh dan tergolek beberapa kali di atas jalan raya. Lebih menyedihkan, mangsa tersebut telah dilanggar lari oleh peragut tersebut.

Sakit hatinya aku tengok video ni.. tengok tergolek macam tu..

https://twitter.com/malaysiaviralll/status/1780753839521779745?s=46&t=iEeesGSSOOhFntVefTQWpg

Peragut tutup nombor plat guna plastik

Walaupun video rakaman itu boleh dijadikan bukti untuk siasatan, rupa-rupanya peragut tersebut sudah merancang taktik untuk mengelakkan dirinya dikesan oleh pihak polis. Rupa-rupanya, peragut itu sudah memasang plastik untuk menutup nombor plat motosikalya.

Saksi kejadian ada share video dashcam.. bijak peragut ni.. ragut adik aku. tutup nombor plat dengan plastik. Dalam beg tu ada Iphone 14, duit cash, dompet, kad pengenalan, kad bank. Kaki tangan luka.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis tiada lagi kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung video rakaman dashcam yang tular ini.

Di ruangan balas, rata-rata netizen di X tidak berpuas hati dengan peragut tersebut. Selain itu, ada juga yang memberi nasihat kepada umum mengenai keselamatan ketika menunggang motosikal.

Ragut 1 Ragut 2

Harap ada keadilan untuk mangsa..

Sumber: X

Apa rasa korang?

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Peragut tutup no plat guna plastik” – Wanita Diragut & Langgar Lari Ketika Bawa Motosikal Di Klang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/peragut-tutup-no-plat-guna-plastik-wanita-diragut-langgar-lari-ketika-bawa-motosikal/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM