Penumpang Panik, Pesawat Menjunam 26,000 Kaki Dalam Masa Kurang 10 Minit

Tambah ke Sumber Pilihan
Pesawat Menjunam

Sebuah pesawat Boeing 737 yang dalam penerbangan dari China ke Tokyo mengalami detik mencemaskan apabila menjunam hampir 26,000 kaki dalam tempoh kurang 10 minit, sehingga memaksa juruterbang menghantar isyarat kecemasan kepada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC).

Memetik laporan Financial Express, insiden yang melibatkan pesawat Japan Airlines JL8696 itu berlaku pada Isnin lalu, membawa seramai 191 penumpang dan anak kapal.


Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Pudong, Shanghai menuju ke Tokyo, namun pada jam 6.53 petang waktu tempatan, ia mengalami gangguan teknikal dan mula menurun secara mendadak daripada ketinggian 36,000 kaki ke hanya sekitar 10,500 kaki.

Screenshot 2025 07 05 At 1.07.22 Pm

Artikel berkaitan: Laporan Awal Dedah Suis Bahan Api Ditutup, Wujud Kekeliruan Dalam Kokpit Sebelum Pesawat Air India Terhempas

Artikel berkaitan: Juruterbang Muda Ditahan, Lakukan Penerbangan Tanpa Kebenaran Ke Antartika

Ketika tekanan kabin menurun secara drastik, topeng oksigen mula jatuh dari bahagian atas tempat duduk.

Beberapa anak kapal dilaporkan menjerit sambil menggesa penumpang segera memakai topeng tersebut demi keselamatan.

Ekoran insiden itu, pesawat dialihkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka dan berjaya melakukan pendaratan kecemasan dengan selamat pada jam 8.50 malam.

Tiada kecederaan serius dilaporkan.

Screenshot 2025 07 05 At 1.07.12 Pm

Pihak berkuasa kemudiannya mengesahkan bahawa sistem tekanan kabin pesawat telah mengeluarkan amaran, menandakan kemungkinan berlaku kerosakan pada sistem itu semasa pesawat menjunam.

Penerbangan itu dioperasikan oleh Spring Airlines Japan melalui kod perkongsian dengan Japan Airlines.

Syarikat tersebut ditubuhkan pada 2012 sebagai usaha sama antara Spring Airlines dari Shanghai dan Japan Airlines, sebelum Japan Airlines mengambil alih majoriti pemilikan pada 2021.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Penumpang Panik, Pesawat Menjunam 26,000 Kaki Dalam Masa Kurang 10 Minit
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/penumpang-panik-pesawat-menjunam-26000-kaki-dalam-masa-kurang-10-minit/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM