Salah satu penyebab kenapa kita akan elak makan untuk makan di sesuatu tempat adalah kerana masalah lokasi di kawasan tersebut, pendek kata, susah nak cari parking. Ya lah kan, dengan perut tengah lapar nak cari parking lagi, memang bertambah mood naik hantu nanti.
Sebagai peniaga, pastinya mereka sedar perkara ini dan ia telah memberikan kesan kepada periuk nasi mereka apabila ruangan parking awam dipenuhi kereta didakwa milik penduduk setempat yang tinggal berhampiran dengan tapak perniagaan mereka iaitu di Bandar Permaisuri Cheras ini.
Artikel berkaitan : Jiran Tak Puas Hati Parking Diambil, ‘Block’ Kereta Sampai Jalan Jadi Satu ‘Lane’
Artikel berkaitan : “Macam action movie” – Netizen Puas Hati Polis Guna Taktik ‘Parking Bas’ Halang Geng Motor
Dalam satu video tular di platform media sosial X ini, dilihat para peniaga begitu bengang dengan penduduk di pangsapuri yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir Medan Selera Bandar Seri Permaisuri, Cheras, KL.
Jika diperhatikan, tiada langsung ruang parkir kosong untuk para pelanggan dan ia telah membuatkan ramai peniaga naik angin sehinggakan mereka telah menampal nota di kesemua kereta yang meletakkan kenderaan mereka.
Antara memo yang ditulis oleh para peniada adalah….
“Nak makan boleh parking sini, nak balik tidur sila parking kat tempat lain. Harap maklum.”
“Jangan ‘curi’ parking pelanggan kami”
“Parking penuh pelanggan tiada…Andalah penyebabnya..”
Kejadian dekat Food Court Bandar Sri Permaisuri. Customer nak datang makan sini parking takda. Sebab penduduk flat, apartment parking kawasan food court. Memang marah lah kedai-kedai makan sini. Customer fade up cari parking takda, terus gerak makan tempat lain. pic.twitter.com/05hb5Uu2lT
— Tanya Cukai Pada Zortax (@AzrulIzzaham) September 4, 2024
Menjegah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa marah mereka dan majoriti mencadangkan agar lokasi tersebut dikenakan parking berbayar.
Seingat min kalau nak makan situ, biasanya min akan park tepi jalan tu, memang tak pernah pun dapat parking kat foodcourt tu.
Sumber : X