Penduduk Buka Puasa Di Tanah Perkuburan, Bimbang Langgar Adab & Akhlak – Mufti Kelantan

Tambah ke Sumber Pilihan
Penduduk Buka Puasa Di Tanah Perkuburan, Bimbang Langgar Adab & Akhlak – Mufti Kelantan

Selain di rumah, ramai gemar berbuka puasa di luar seperti di padang atau kawasan tanah lapang dan aktiviti ini juga sudah menjadi tradisi penduduk di negara ini.

Namun begitu, korang pasti terkejut ada tradisi berbuka di kawasan tanah perkuburan seperti yang dilakukan segelintir penduduk di Kelantan.


Bagaimanapun, tindakan berbuka puasa di kawasan tanah perkuburan dibimbangi menimbulkan pelanggaran adab dan akhlak, menurut Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau menyifatkan perbuatan sedemikian adalah kurang sesuai dilakukan susulan ia merupakan tempat tanah perkuburan yang mempunyai adab untuk diikuti, lapor Sinar Harian.

Aa19UuuySumber: Sinar Harian

Ujarnya, beliau juga meminta orang ramai untuk melakukan aktiviti berbuka puasa itu di tempat yang sesuai dan lapang.

“Sebagai contoh masa ziarah kubur, kalau tidak pakai tudung (golongan wanita) perkara tersebut kurang elok atau semasa berbuka puasa bergaul dengan yang tidak sepatutnya…umpamanya.

“Itu akan jadi masalahnya. Jelaslah kalau begitu ia menjadi pelanggaran akhlak.

“Saya berpandangan eloklah cari tempat yang lebih sesuai, berbuka puasa di tempat lapang tiada salahnya sebagaimana yang dilakukan ketika ini seperti di atas padang,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan majlis berbuka puasa di tanah perkuburan telah dilakukan oleh penduduk di Kampung Alor Hijau, Pasir Puteh.

Difahamkan, aktiviti tersebut diadakan bagi mengeratkan silaturahim sanak saudara yang masih hidup dan merupakan acara tahunan penduduk di situ memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Baca: [VIDEO] Buka Puasa Tengah Jalan Dengan Jiran Dipertikai, Tuan Rumah Tampil Beri Respon
Ft Buka Puasa Dengan Jiran

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Penduduk Buka Puasa Di Tanah Perkuburan, Bimbang Langgar Adab & Akhlak – Mufti Kelantan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/penduduk-buka-puasa-di-tanah-perkuburan-bimbang-langgar-adab-akhlak-mufti-kelantan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM