Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kekasaran yang melibatkan seorang pembaca meternya semasa menjalankan tugas rasmi di Pangsapuri Taman Bukit Segar, baru-baru ini.
Menurut laporan awal, mangsa diserang oleh dua individu yang tidak dikenali ketika berada di kawasan pangsapuri berkenaan.
Kejadian tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
TNB lapor polis
TNB dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
“Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut dan TNB akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.”

Artikel berkaitan: Bengang Internet Lembab Walaupun Dah Guna 5G, Penduduk Kampung Ikat Juruteknik Pada Menara Pemancar
Artikel berkaitan: Tiap Malam Guna 3 Unit Aircond Tapi Bil Bawah RM180, Lelaki Kongsi Tips Jimat Guna Elektrik
TNB turut menegaskan bahawa sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan warga kerjanya ketika menjalankan tugas tidak boleh dipandang ringan.
“Orang ramai dimohon memberikan kerjasama kepada petugas TNB serta menyalurkan sebarang pertanyaan atau maklumbalas melalui saluran rasmi TNB,” jelas syarikat itu.
Sumber: Facebook
