Selalunya, sesebuah kedai atau pasar raya akan memberikan diskaun atau potongan harga khas sebagai tanda menghargai pelanggan setia mereka. Namun, cara lelaki ini berniaga pula cukup unik sebab dia menganjurkan pertandingan jawab soalan matematik jika pelanggannya mahu dapatkan makanan percuma.
Memetik laporan daripada People, Ahmed Alwan yang bekerja di sebuah bodega, (sejenis kedai kecil menjual barangan keperluan dan makanan) Lucky Candy di New York mula viral pada awal tahun lalu selepas dia memuat naik video pembeli di kedainya jawab soalan matematik itu di TikTok.
@itsmedyy If you solve this math problem (5×5) you’ll have 5 second to get whatever you want in my store. 😂😇 #foryou
Difahamkan, selain soalan matematik, ada juga pelanggan yang perlu jawab soalan trivia yang diberi secara rawak dan jika jawapannya betul, mereka akan dapat hadiah. Soalan matematik yang ditanya juga agak simple dan mudah contohnya tujuh darab tujuh tambah sepuluh.
Hadiah yang diberikan pula sama ada pelanggan boleh ambil mana-mana makanan atau snek dalam masa lima saat tanpa bayaran. Selain tu, ada juga yang bertuah tak perlu bayar barang yang mereka dah pilih tanpa dikenakan tempoh masa.
https://www.instagram.com/p/B8B3ANDnEOE/?utm_source=ig_web_copy_link
Dalam temu ramah lelaki ini dengan In The Know, Ahmed mengatakan dia terinspirasi untuk anjurkan ‘kuiz’ tu kepada pelanggannya sebab dia nak tolong mereka yang kurang berkemampuan. Selain itu, ayahnya yang merupakan pemilik kedai tu juga tak ada masalah dengan cara Ahmed yang murah hati tu.
Yang hebatnya lagi, setiap jumlah makanan yang diberikan secara percuma tu juga datang daripada gaji Ahmed sendiri. Walaupun video ni dah viral tahun lepas, namun ia masih raih perhatian netizen sehingga tahun ni sebab difahamkan, lelaki ni masih meneruskan ‘kuiz’ ini di kedainya sehingga sekarang.
Rata-rata netizen juga memuji idea kreatif Ahmed yang mahu membantu dan menghiburkan orang lain di sekelilingnya dan sehingga kini, hampir kesemua videonya mendapat reaksi positif daripada netizen.
Tuhan je la yang dapat balas balik kebaikan lelaki ni kan.
Sumber: People, TikTok @itsmedyy, In The Know