in

“Nak kahwin boleh pula buat ujian math” – Wanita Batal Perkahwinan Serta Merta Sebab Bakal Suami Tak Hafal Sifir 2!

Ft Batalwedding

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka mereka kena ambil ujian matematik pada hari bahagia sebelum ikatan itu menjadi sah. Namun, itulah yang terjadi kepada seorang bakal pengantin lelaki ini yang terpaksa menjawab soalan berkaitan matematik sebaik saja tiba di rumah bakal isterinya itu.


Kejadian itu berlaku di Mahoba, India dan pengantin perempuan yang ragu-ragu serta mengesyaki bakal suaminya itu tidak jujur tentang tahap akademik membuat keputusan untuk menguji lelaki berkenaan.

Menurut Tribune India, pada hari yang sepatutnya diraikan itu pengantin perempuan berkenaan terus meminta pengantin lelaki membaca sifir dua sebelum kalungan bunga ditukarkan.

*Pertukaran kalungan bunga adalah tanda bermulanya upacara perkahwinan

Wedding1

Pengantin lelaki yang tiba di dewan perkahwinan bersama rombongan pihak lelaki kemudian dilaporkan gagal dalam ujian diberikan itu. Tanpa berfikir panjang, pengantin perempuan itu terus membatalkan perkahwinan mereka dan meninggalkan dewan tersebut.

Ahli keluarga kemudian cuba memujuknya untuk tidak membatalkan dan meneruskan perkahwinan mereka seperti dirancang namun dia bertegas tidak akan berkahwin dengan lelaki yang tidak tahu asas matematik.

Sifir

Difahamkan, sebelum ini keluarga pihak lelaki telah memaklumkan tentang tahap pendidikannya namun bakal isterinya mengesyaki sesuatu dan membuat keputusan untuk membuat ujian tersebut. Kata sepupu pengantin perempuan,

Keluarga pengantin lelaki tidak memberitahu kami dengan tepat tentang tahap pendidikannya. Mungkin juga dia tidak pernah ke sekolah.”

Wedding3

Rupa-rupanya, perkahwinan itu sebenarnya telah diatur oleh kedua-dua keluarga dan bukanlah atas permintaan pengantin perempuan mahu pun lelaki, lapor Times Now News.

Selepas insiden berkenaan, kedua-dua buah keluarga telah berbincang dan mencapai kata sepakat untuk bersetuju memulangkan semua hadiah perkahwinan.

Baca: [VIDEO] ‘Sarung’ PPE & Teruskan ‘Wedding’ di Pusat Rawatan Sebab Pengantin Perempuan Disahkan Positif

Ft Kahwin Ppe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.