Pelajar Tingkatan Tiga Maut Dirempuh Kereta Pada Hari Pertama Persekolahan

Jadikan sumber pilihan di Google
tingkatan tiga

Hasrat seorang pelajar Tingkatan Tiga untuk memulakan sesi persekolahan baharu berakhir tragedi apabila maut dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kepong, Kuala Terengganu, pagi Sabtu.

Mangsa, Noor Hazimi Noor Hashim, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.55 pagi ketika mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dari arah Caltex Pengadang Baru.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa yang bergerak lurus dirempuh sebuah kereta Perodua Axia yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tingkatan Tiga

Artikel berkaitan: Hajat Sertai RXZ Melaka Attack 2025 Tak Kesampaian, Seorang Peserta Maut Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Artikel berkaitan: ⁠Lelaki Maut Dalam Kemalangan, Motosikal Hilang Kawalan Ketika Dikejar Anjing

Menurut beliau, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, bapa mangsa, Noor Hashim Puteh, 55, berkata anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengisi minyak sebelum bercadang mengambil adik perempuannya untuk ke sekolah bersama.

“Saya keluar rumah kira-kira jam 6.35 pagi dan menerima panggilan setengah jam kemudian.

“Memang tak sangka kerana arwah sudah biasa ke sekolah dengan motosikal,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang penulis skema. Suka main Pokemon Go dan Genshin Impact pada masa senggang.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pelajar Tingkatan Tiga Maut Dirempuh Kereta Pada Hari Pertama Persekolahan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pelajar-tingkatan-tiga-maut-dirempuh-kereta-pada-hari-pertama-persekolahan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen