fbpx
in

Pelajar Dikesan Kontak Rapat Pesakit Positif Covid-19, Dua Lagi Sekolah Di Kuala Nerus, Terengganu Diarah Tutup Sementara

Cov3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula hari ini, dua buah sekolah di daerah Kuala Nerus diarahkan tutup untuk sementara oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sehingga 11 Oktober.


Penutupan itu melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir – Lapor Astro Awani

Arahan ini dikeluarkan kerana beberapa murid telah dikesan sebagai kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lepas, iaitu seorang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Ni gambar di perkarangan SK Kompleks Seberang Takir.

Cov4

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Aalim Ab Ghani berkata,

Penutupan dibuat mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).”

Penutupan sementara sekolah yang terlibat juga dibuat atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.”

Beliau juga difahamkan bahawa hanya guru dan murid sekolah yang mempunyai kontak rapat sahaja yang diarahkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Jumaat lalu, SK Padang Kemunting ditutup sementara setelah murid Darjah Satu dan Dua sekolah berkenaan dipercayai mempunyai kontak rapat dengan seorang guru yang disahkan positif COVID-19.

Sehingga kini, 20 orang di Terengganu termasuk pelajar sekolah sedang menjalani rawatan setelah disahkan positif Covid-19.

 

Baca : Staff Mac City Di 1 Utama Positif Covid-19

Ou

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top