“Patut dicontohi!” – Viral! Kantin Sekolah Jual Nasi Lemak Ayam RM2 Sepinggan

Tambah ke Sumber Pilihan
“Patut dicontohi!” – Viral! Kantin Sekolah Jual Nasi Lemak Ayam RM2 Sepinggan

Disebabkan kos barangan asas yang kian meningkat, kebanyakan pekedai telah menaikkan harga makanan di restoran mereka demi menampung bisnes masing-masing

Pun begitu, tindakan seorang pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Sebang, Alor Gajah baru-baru ini dipuji selepas tular nasi lemak ayam yang dijual kepada murid-murid di sekolah itu hanya bernilai RM2 sepinggan.


Artikel berkaitan: “Bagi halal je RM2” – Netizen Puji Abang Kantin Tak Berkira Dengan Pelajar Sekolah Rendah

Artikel berkaitan: KPM Anggap Tiada Keperluan Untuk Tutup Kantin Sekolah Masa Bulan Puasa

“Berniaga sambil bersedekah”

Menurut Sinar Harian, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azri Khairi Juaher berkata, menu nasi lemak ayam goreng yang disertakan timun, sambal dan telur dadar itu dapat membantu murid-murid terutamanya keluarga B40 untuk nikmati makanan dalam kuantiti yang baik dengan harga yang sangat berpatutan.

Ini bukanlah menu yang baharu disediakan, namun sepanjang lima tahun pengusaha kantin itu beroperasi di sekolah ini, boleh dikatakan dia berniaga sambil bersedekah.

“Selain itu pengusaha juga sering kali memberikan sumbangan dan sokongan terhadap setiap pembangunan sekolah,” katanya.

380255358 1419302521970232 2337964833892350604 NSumber: Sinar Harian

Dalam pada itu, pengusaha kantin yang enggan dikenali ini juga berkata, dia masih dapat keuntungan RM1 dengan menjual menu RM2 itu.

Kos sepinggan RM1, jadi saya masih ada untung RM1. Cukuplah nak untung banyak mana lagi.

“Kita kena pandai dan kreatif menyediakan menu supaya murid-murid tak bosan menu sama setiap hari,” katanya.

Semoga usaha pengusaha kantin ini dalam menyediakan makanan yang terbaik buat murid-murid sekolah sentiasa diberkati. 

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Patut dicontohi!” – Viral! Kantin Sekolah Jual Nasi Lemak Ayam RM2 Sepinggan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/patut-dicontohi-viral-kantin-sekolah-jual-nasi-lemak-ayam-rm2-sepinggan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM