in

“Pasangan favorite Hollywood ni dulu” – Selepas 4 Tahun Angelina Jolie Kunci Mulut, Ini Rupanya Punca Penceraian Dengan Brad Pitt

Brangelina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suatu ketika dahulu, Brad Pitt dan Angelina Jolie boleh dikatakan pasangan kegemaran satu dunia. Berita tentang penceraian mereka mengejutkan dunia terutamanya peminat yang berasa sedih dan tertanya-tanya mengapa ianya boleh berlaku.


Selepas empat tahun berdiam, Angelina akhirnya membuka mulut dan mendedahkan tentang punca dia bercerai dengan Brad Pitt pada tahun 2016. Ketika temu ramah bersama Vogue India, Angelina berkata keputusan itu dibuat demi anak-anak.

Ang5

Saya berpisah demi kebaikan keluarga dan ini adalah keputusan yang tepat. Saya ingin pulihkan anak-anak… ada beberapa pihak mengambil keuntungan daripada sikap berdiam diri saya dan anak-anak mula melihat pembohongan mereka di media.”

Saya sentiasa mengingatkan diri… jika mereka tahu kebenaran apa yang akan mereka fikirkan nanti.”

Menurut pelakon Maleficent itu, dia bersyukur kerana kesemua anak-anak memahami situasi yang dihadapi oleh ibu bapa mereka ketika itu. Malah, Angelina turut menerima sokongan moral sepanjang berdepan dengan proses penceraian itu.

“Anak-anak faham keadaan saya ketika itu dan mereka banyak membantu… mereka menerima keputusan ini dengan baik.”

“Banyak perkara saya belajar daripada mereka. Sebagai orang tua kita kena ajar mereka untuk sentiasa bersyukur dan percaya dengan kata hati sendiri.”

Ang9

“Mereka melihat keadaan itu dan ternyata mereka berharap kita melakukan hal yang sama.”

Brad Pitt dan Angelina Jolie mula menyulam cinta selepas penggambaran filem Mr & Mrs Smith pada tahun 2004. Walaupun hanya sempat bergelar suami isteri selama 2 tahun namun pasangan ini sudah menjalinkan hubungan selama lebih satu dekad.

Ang7

Ang1

Mereka memiliki tiga anak kandung iaitu Shiloh dan kembar Vivienne dan Knox serta telah mengambil tiga anak angkat bernama Maddox, Zahara dan Pax. Angelina dilaporkan memfailkan penceraian terhadap Brad Pitt pada 20 September 2016.

Baca: “Mungkin sebelum kahwin dia boleh terima pekerjaan saya” – Alha Alfa Sah Bercerai lepas 6 bulan kahwin

Alhaa2

Sumber: PopSugar
Sumber: The Sun
Sumber: RollingStone
Sumber: Lotus Event

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.