in

“Panjang macam bas!” – Wanita Miliki Kuku Terpanjang Dunia, Simpan Selama 25 Tahun

Rekod Kuku Terpanjang Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita dari Minnesota, Diana Armstrong telah menyimpan kuku tangannya selama 25 tahun dan sehingga kini mempunyai ukuran keseluruhan 12.0658 meter atau 42 kaki 10.4 inci dan menjadikannya sebagai wanita yang memiliki kuku terpanjang di dunia.


Difahamkan, ukuran tersebut melebihi kepanjangan sebuah koc bas iaitu 12 meter!

Menurut laporan, wanita berusia 64 tahun tersebut memberitahu bahawa kali terakhir dia ke salun untuk merias kukunya ialah 22 tahun lalu dan sebenarnya punca dia berbuat demikian agak menyedihkan.

Diana Using A Laptop While Resting Her Nails Across Her Arm Tcm25 711476

Tambah Diana lagi, kali terakhir dia memotong kukunya adalah pada tahun 1997 dan nekad tidak mahu memotong kukunya lagi selepas anak perempuannya berusia 16 tahun, Latisha, meninggal dunia secara tragis dalam tidur gara-gara serangan asma.

Latisha merupakan orang terakhir yang merias kukunya dan sejak kematian anaknya tersebut dia bernekad tidak mahu memotong kuku tersebut walaupun dipujuk oleh anak-anaknya yang lain.

Berkongsi kehidupan sehariannya dengan kuku yang panjang tersebut, Diana mengatakan dia masih boleh mengezip seluar mahupun jaket secara normal tetapi sedikit bermasalah untuk membuka tin minuman kerana dia terpaksa menggunakan pisau.

Diana Armstrong Having Her Nails Painted By Her Daughter Side On Tcm25 711473

Selain itu, Diana juga terpaksa menggunakan tandas yang paling besar di tandas awam kerana kukunya akan lebih panjang daripada saiz tandas biasa.

Menurut laporan Mirror UK lagi, dia memerlukan sekitar 10 jam untuk membersihkan dan mengilatkan kukunya. Tambahnya lagi, dia terpaksa menggunakan alat pertukangan kayu untuk membersihkan kukunya tersebut yang akan dilakukan setiap empat atau lima tahun sekali.

Dia juga perlu menggunakan 15 hingga 20 botol pengilat kuku untuk mewarnakan keseluruhan kukunya itu.

Diana Armstrong Certificate Presentation Tcm25 711475

“Saya warnakan kuku saya minggu lepas, ia mengambil masa empat hari” 

Dia mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Records dan memegang 2 rekod setelah memecahkan rekod terdahulu yang dipegang oleh Ayanna Williams.

Baca : Lelaki Ini Berjaya Cipta Rekod Dunia Terbaru, Tiup 10 Belon Dengan Hidung Dalam Masa 1 Minit

F1 Inflate Balloon

Sumber: GWR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.