in

Panggilan Dari Kubur: Ahli Keluarga Terima 35 Panggilan Dari Telefon Bimbit Lelaki Ni, Padahal…

Collage 27

Panggilan telefon misteri ni biasanya kita tengok dalam movie je, tapi kalau korang nak tahu fenomena misteri ni ada juga berlaku dalam kehidupan sebenar. Malah, panggilan telefon misteri ni dikatakan dah pun terjadi sekurang-kurangnya sejak 1967 lagi!

Antaranya adalah cerita mengenai Charles E Peck yang terbunuh serta merta dalam kemalangan komuter Metrolink pada tahun 2008 dan meragut nyawa seramai 25 orang dan mencederakan 135 penumpang.

Namun, sebelum sesiapa dapat mengesahkan kematian Charles, ahli keluarganya telah menerima 35 panggilan telefon daripada lelaki ini…

Buat rancangan untuk pindah dengan tunangnya ke California

29867982 1440358489

Lelaki berusia 49 tahun ini ada membuat perancangan untuk tinggalkan kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Salt Lake untuk tinggal bersama kekasihnya di California.

Malah, lelaki ini dalam perjalanan untuk menghadiri temuduga di sana dan ketika kemalangan ini berlaku, tunangnya, Andrea Katz sedang menunju ke stesen kereta api untuk menjemput Charles.

Untuk pengetahuan korang, Charles mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya dan salah seorang anaknya turut menerima panggilan misteri tersebut.

Charles terbunuh dalam pelanggaran antara komuter dan kereta api pada tahun 2008

Article 1055489 02A5798F00000578

Charles Peck merupakan penumpang dalam komuter Metrolink yang membuat perjalanan melalui San Fernando Valley di California pada 12 September 2008 sebelum bertembung dengan kereta api Union Pacific pada kelajuan 134KM sejam bila konduktor gagal berhenti di lampu merah.

Impak kemalangan ini terlalu teruk hingga dalam 225 penumpang yang menaiki Metrolink, sekurang-kurangnya 25 orang mati dan lebih 100 cedera manakala kereta api Union Pacific yang hanya membawa tiga orang pekerja hancur dalam kemalangan tersebut.

Bencana ini kemudiannya dikenali sebagai kemalangan kereta api Chatsworth dan merupakan kemalangan komuter paling teruk dalam sejarah California.

Ahli Keluarga Terima 35 panggilan Dari Charles

330550 V2

Andrea yang mendengar tentang kemalangan tersebut melalui radio ketika dalam perjalanan untuk menjemput tunangnya itu lega bila dia mendapat panggilan dari Charles. Selain Andrea, telefon bimbit Charles telah menelefon anak lelakinya, kakaknya, adik lelakinya dan ibu tirinya.

Dikatakan, sebanyak 35 panggilan telah dibuat 11 jam selepas kemalangan berlaku. Menurut satu sumber, panggilan terakhir yang diterima dari telefon bimbit Charles pada pukul 3.28 pagi, lebih kurang satu jam sebelum mayatnnya ditemui.

Hanya dengar bunyi statik

Pada awalnya, ahli keluarga Charles bersemangat bila ternampak nama lelaki itu muncul di skrin telefon. Bila panggilan tersebut berterusan, keluarga tersebut berharap yang lelaki ini masih hidup dan terperangkap di dalam kemalangan tersebut.

Malangnya, tak ada seorang pun dari ahli keluarga ini dapat bercakap dengan lelaki itu. Bila panggilan tersebut dijawab, hanya bunyi statik yang kedengaran.

Andrea menggunakan peluang ini untuk bercakap dengan tunangnya itu dan memberikan kata-kata semangat seperti: “Tunggu ya sayang, kita akan bawa awak keluar. Awak akan okey.”

Manakala orang lain yang menerima panggilan telefon dari Charles turut mengatakan yang mereka dengar bunyi statik atau suara yang perlahan dan jauh.

Pasukan penyelamat gunakan panggilan telefon untuk jejaki lokasi Charles

Rescue Workers Believed The Calls Meant Peck Was Still Alive And Used It To Trace His Locat Photo U1

Sebelum pasukan penyelamat menemui mayat Charles dalam timbunan bangkai kereta api, mereka percaya yang ketika itu mereka tak akan jumpa orang yang selamat. Malah, usaha menyelamat mereka telah bertukar menjadi usaha mencari mayat.

Namun selepas panggilan diterima lagi dari telefon Charles, pasukan penyelamat membuat keputusan untuk menjejaki lokasinya.

Malangnya bila mereka temui mayat Charles, mereka tahu yang lelaki ini mati ketika impak berlaku.

Pihak polis bagaimanapun tak mendedahkan sama ada mereka berjaya temui telefon milik Charles atau pun tidak.

Charles dilaporkan mati serta merta, so siapa yang call?

Menurut beberapa sumber seperti forum dan laman web misteri mengatakan koroner tak dapat menemui apa-apa tanda menunjukkan Charles hidup selepas kemalangan berlaku sekaligus mengesahkan yang panggilan-panggilan yang diterima oleh ahli keluarganya adalah selepas kematian lelaki itu.

Pun begita ada juga kemungkinan yang telefon bimbit tersebut membuat panggilan secara tak sengaja seperti ada objek di atas telefon tersebut hingga ia membuat panggilan rawak.

Juga ada kemungkinan, kerosakan yang berlaku ke atas telefon Charles akibat dari kemalangan ini membuatkan ia membuat panggilan dari senarai speed dial.

Telefon Charles tak pernah ditemui, mungkin betul dia buat panggilan dari kubur?

Walaupun pasukan penyelamat berjaya menemui mayat Charles Peck, tapi telefon bimbitnya tak pernah ditemui. Ada kemungkinan yang telefonnya itu telah musnah akibat kemalangan. Tapi, kenapa ia hanya buat panggilan pada ahli keluarga terdekatnya sahaja masih menjadi misteri.

Mungkin lelaki ini cuba ucapkan selamat tinggal pada ahli keluarganya atau cuba bantu pasukan keselamatan untuk mencari mayatnya?

Konduktor kereta api tengah main telefon

Now Known As The Chatsworth Crash Peck Was Killed When A Commuter And Freight Train Collide Photo U1

Penyelamat percaya yang konduktor komuter Metrolink merupakan punca kemalangan tersebut berlaku selepas dia gagal berhenti di lampu merah. Selepas kemalangan, seorang remaja mengaku yang dia telah menerima mesej terakhir dari konduktor kereta api tersebut 22 saat sebelum kemalangan berlaku.

Panggilan telefon dari orang yang dah mati selalu sangat berlaku hinggakan kajian dibuat pada hujung tahun 1970an

Phone Calls From Dead People Apparently Happen So Often A Study Was Done In The Late 1970 A Photo U1

Untuk pengetahuan korang, penyiasat D. Scott Rogo dan Raymond Bayless telah membuat kajian mengenai perkara ini selepas sering mendengar cerita tentang orang yang menerima panggilan telefon dari orang yang telah mati pada tahun 1979.

Kajian ini kemudiannya diteruskan oleh Callum Cooper yang telah kongsikan pengalaman orang menerima “panggilan dari kubur ini”.

Nenek dah mati jawab telefon

Antaranya adalah cerita dari seorang wanita bernama Crystal S.:

Saya di rumah ibu saya ketika saya hubungi seorang rakan yang tinggal berdekatan. Dia di rumah sepupunya dan saya cuba cari nombor telefonnya dalam buku telefon.

Dalam buku tersebut hanya ada satu je nama ‘Owen’ dan saya tahu itu adalah nombor telefon sepupu kawan saya . Saya cuba telefon tapi tak ada bunyi namun seorang wanita tua telah menjawab panggilan.

Dia cakap ‘Hello.’ Saya tanya ‘Amelia ada?’  (nama sepupu kawannya) Wanita tua itu berkata, ‘Amelia tak ada nak, tapi saya tengah tunggu dia sampai ni.’

Tanpa berfikir panjang, saya letakkan telefon dan memberitahu kawan saya mengenai perkara itu dan dia berkata, ‘Nenek Amelia dah meninggal dan kami dekat rumah sepanjang hari dekat dengan telefon. Telefon satu hari tak berbunyi.'”

Hm, seram jugak jadi macam ni…

Sumber: Ranker

 

Baca: Misteri Kate Yup: Ada Kesan Lebam & Sering Tutup Mata, Netizen Spekulasi YouTuber Mukbang Ini Diculik & Dipaksa Makan Depan Kamera

Screenshot 2021 01 18 At 4.52.49 Pm

Sumber: Find A Grave
Sumber: Daily Mail
Sumber: Cracked
Sumber: YouTube
Sumber: Ranker
Sumber: Ranker
Sumber: Ranker