in

Misteri Kate Yup: Ada Kesan Lebam & Sering Tutup Mata, Netizen Spekulasi YouTuber Mukbang Ini Diculik & Dipaksa Makan Depan Kamera

Collage 62

Untuk yang tak tahu, mukbang yang sangat popular di Korea ini adalah video menunjukkan seorang “pemakan” biasanya wanita cantik makan makanan yang sangat banyak sambil bersembang dengan penonton.

Kate Yup Youtube

Seperti yang lain, Kate Yup, juga seorang YouTuber Mukbang ini terkenal dengan videonya yang sering makan seafood seperti lobster, octopus, udang, sotong dan macam-macam lagi dalam jumlah yang banyak dan besar.

Selain sering makan dengan gelojoh dan dalam jumlah yang sangat banyak, Kate Yup juga menunjukkan kelainan kerana sering memakai penutup mata menyembunyikan separuh wajahnya

Mula join YouTube pada tahun 2018, video yang dimuatnaiknya pada 21 Jun tahun lepas telah menjadi tanda tanya netizen bila penonton mula perasan di lengan dan bibir wanita ini terdapat kesan lebam dan luka.

Kate Yup Bruises

Kate Yup Diculik?

Bukan itu je, dalam video ini juga Kate Yup ada menunjukkan pergerakan jari yang sangat pelik bila dia mengetuk-ngetuk mangkuk seperti memberi isyarat morse code yang diterjemah oleh beberapa netizen sebagai “I need help”.

Sm 23Eaa22Ee88Df578F80007Ea11Df4A9E

Lebih mengejutkan lagi, bila penonton tengok balik video ni, dorang perasan, pada minit ke 12:48 video bawah ini, korang boleh dengar ada suara dekat belakang kamera! Dikatakan suara tersebut seperti memberi ugutan kepada Kate.

I kill you.”

Kemudian, pada subtitle Kate dalam video ini, terdapat beberapa huruf yang memakai huruf besar dan huruf kecil bila digabungkan menjadi S.O.S yang bermaksud kecemasan.

Kate Yup Sos

Pada minit ke 20:03 pula, mangkuk sos dihadapan Kate kelihatan bergerak dan wanita ini berhenti makan sekejap sebelum meneruskan kunyahannya.

Selepas melihat beberapa perkara pelik dalam video ini, penonton mula tengok video-video sebelum ni dan dorang perasan yang jarak untuk Kate upload video semakin lama semakin jauh.

Screenshot 2020 01 30 At 4.00.45 Pm

Selepas itu, penonton mula perasan, dalam beberapa video lain, ada masanya, bila Kate tengah mengunyah makanan agak lama, mejanya akan bergoyang seperti ada orang lain mengingatkan wanita ini untuk terus makan.

Salah seorang netizen pula berkata, dengan badannya yang semakin kurus, lebam, mata ditutup dan macam-macam lagi, ia memang kelihatan seperti ada orang yang paksa Kate makan semua benda ni untuk buat duit dari YouTube.

Tambahnya lagi, dengan melihat cara Kate makan dengan gelojoh, mungkin dia dipaksa untuk berpuasa selama beberapa hari sebelum buat video-video ini. Sebab tu, dia makan banyak mana pun badannya masih kurus kering!

Siapa Karlie Guse?

Ramai penonton mula menyiasat mencari siapa sebenarnya Kate Yup ini dan betul ke wanita ini dalam bahaya. Namun, disebabkan Kate Yup sering memakai penutup muka, agak sukar untuk dorang kenal pasti.

Karlie Guse

Antara spekulasi paling famous dibuat oleh penonton adalah, Kate Yup merupakan seorang remaja berusia 16 tahun dari California, Karlie Guse.  Dia hilang pada Oktober 2018 dan sehingga hari ini, dia masih belum ditemui.

Disebabkan bentuk bibir dan cara senyum saling tak tumpah dengan Kate Yup, ramai yang mula mempercayai teori ini.

Tambah lagi, tahi lalat di leher Kate Yup juga terletak sama tempat dengan Karlie tau!

Dua bulan selepas spekulasi tentang dirinya kian menular, Kate Yup memuat naik video baru dengan tajuk “I Am Alive”. Dalam video ni, Kate makan seperti biasa sambil menerangkan yang dirinya baik-baik saja.

Kate Yup Help

Tapi buat tambah pelik, sarikata dalam video ini menekankan huruf pertama menggunakan huruf besar, dan bila disusun, ia menjadi perkataan HELP. Pulak dahhh

Video terakhir yang dimuatnaik dua bulan lepas menunjukkan gigi Kate tertanggal semasa dia sedang makan. Gigi yang tertanggal tu memang nampak rapuh dan tak ada darah, dia hanya letakkan je giginya ke tepi.

Betul ke Kate Yup diculik dan dipaksa buat mukbang?

Ketika nama Karlie Guse dikaitkan dengan Kate Yup, keluarga Karlie telah memberikan info ini kepada polis namun hasil siasatan menunjukkan yang wanita tersebut BUKAN Karlie Guse.

Berkenaan kesan lebam ditangannya pula, Kate menerangkan dalam komen yang itu adalah sunburn manakala lebam di mulutnya terjadi kerana herpes.

Screenshot 2020 01 30 At 3.59.11 Pm

Pada video awal, Kate juga pernah menerangkan tujuan dia memakai penutup mata adalah kerana hidungnya tak normal dan dia tak sanggup nak terima kritikan orang selepas ramai orang mengkritik cara dia makan.

Beberapa penonton membuat spekulasi, Kate Yup kurus seperti itu kerana dia mempunyai eating disorder yang dipanggil bulimia.

Selalunya, orang seperti ini akan memuntahkan semula isi di dalam perut selepas makan untuk kekal kurus dan salah satu simptom bulemia adalah gigi menjadi rapuh.

Lagi pun, kalau betul Kate diculik, takkanlah penculik dia nak bagi dia edit video sendiri? Kalau ada akses untuk letakkan tanda-tanda dia perlukan pertolongan dalam videonya, takkanlah dia tak boleh nak contact orang kan? Unless penculik tu perhatikan setiap gerak gerinya.

Oh, dan ada juga orang kata, sebabkan ramai orang speculate dia ni kini culik, so Kate macam sengaja letakkan kod-kod rahsia untuk naikkan viewers. Hmm?

Sehingga kini, tanda-tanda lain dalam video Kate Yup kekal menjadi misteri dan masih ada lagi segelintir orang yang merasakan dia dalam bahaya.

Sumber: Twitter, FrightKnight, Lipstick Alley, Reddit

Baca: Missing Beaumont Children : Misteri 53 Tahun Kehilangan Tiga Beradik Beaumont Yang Masih Belum Terungkai

Screenshot 2020 01 30 At 4.06.56 Pm