in

“Ni cari bala bukan tolak bala” – [VIDEO] Sami Libas Ahli Keluarga Untuk ‘Ritual Tolak Bala’ Sampai Masuk Hospital

Ft Ritual Sampai Masuk Hospital

Satu video memperlihatkan sekeluarga dilibas oleh seorang sami sampaikan ada yang menggelitat tak senang duduk.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian ini berlaku di sebuah kuil di belakang rumah di Selekoh, Rungkup, Bagan Datoh, Perak.

Video itu dipercayai merupakan satu ritual pembersihan diri oleh 6 beranak bersama seorang sami kira-kira jam 7 malam pada 2 hari lepas.

 

Kena libas sampai masuk hospital

Ritual Sampai Masuk Hospital 2

Ritual sembahyang itu dilakukan seorang lelaki berusia 54 tahun bersama isterinya berusia 48 tahun dan empat anak berusia 15 hingga 25 tahun di kuil milik lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata ritual itu hanya dihadiri keluarga mangsa dan sami terbabit adalah anak angkat mangsa.

Ketika sesi ritual itu, sami berkenaan membaca mantera sebelum kemudian memukul dan melibas beberapa kali badan mangsa, anak lelaki sulung dan isterinya menggunakan sebatang rotan panjang.

Ritual Sampai Masuk Hospital

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahu dan tangan kanan serta bengkak di belakang kepala. Isterinya pula mengalami kesakitan pada kedua-dua tangan, manakala anak lelaki sulungnya juga sakit pada bahagian lengan tangan kanan.

“Mangsa melakukan ritual bagi membuang badi dalam keluarganya dan ketiga-tiga mangsa kemudian ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.”

Ritual Sampai Masuk Hospital 3

Abang kandung membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ritual yang dilakukan oleh sami tersebut kepada keluarga adiknya.

“Mangsa juga turut membuat laporan polis bagi mengelak salah faham orang ramai berkenaan ritual itu.”

“Kita menahan sami terbabit dan merampas sebatang rotan berikat kain merah di hadapan kuil itu pada jam 10.20 pagi tadi untuk membantu siasatan.”

“Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sudah memanggil semua saksi yang berada di tempat kejadian.”

Ritual Sampai Masuk Hospital 4

Klik sini untuk video

 

Bukan tolak bala, cari bala adalah – Netizen

Video ini viral di Facebook dan meraih 43K jumlah tontonan dalam masa 5 jam ia dimuat naik, rata-rata netizen terkejut dan pelik dengan kelakuan yang dilakukan oleh sami tersebut.

Ritual Sampai Masuk Hospital 9 Ritual Sampai Masuk Hospital 8 Ritual Sampai Masuk Hospital 7 Ritual Sampai Masuk Hospital 6 Ritual Sampai Masuk Hospital 5

Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa kelakuan ini dianggap telah menyimpang kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

 

Baca : “Berkeras nak buat ritual sendiri” – Ramai Ahli Keluarga ‘Culik’ Mayat Mangsa Covid-19 di Indonesia Dari Bilik Mayat

Feature4 2

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook