in

“Ni baru rehearsal” – Netizen ‘Goosebump’ Tengok Raptai Penuh Hari Kemerdekaan Tahun Ini

Raptai Hari Kemerdekaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, tanggal 31 Ogos 2023 ini, genaplah 66 tahun negara kita menyambut kemerdekaan.


Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini dengan tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan akan disambut di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sambutan Hari Merdeka 2023 Di Mana 1024X1024 1

Bersempena dengan sambutan ini, mereka yang terlibat dalam menjayakan acara yang bakal dipersembahkan pada hari tersebut sudah pastinya gigih membuat persediaan dan hari ini merupakan raptai penuh bagi acara yang bakal berlangsung pada Khamis ini.

“Ini baru rehearsal tau”

Orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat acara tersebut dari dekat telah mengambil kesempatan untuk melihat raptai penuh sambutan itu dan ada yang siap kongsikan beberapa ‘teaser’ acara yang bakal berlangsung pada hari berkenaan.

Antaranya seperti perkongsian di TikTok memaparkan perbarisan daripada anggota unit beruniform dengan aset masing-masing yang nampak begitu gah!

@adrianayans

salam, ni baru rehearsal tau #merdeka2023

♬ original sound – adriana – adriana

@ainnshahiraa.co

Rehearsal pon dah goosebump 🫡 #merdeka #perbadananputrajaya #rehearsalmerdeka2023

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Meskipun ini baru acara raptai, korang dah boleh lihat sendiri berapa ramai orang yang datang tengok dan beri sokongan kepada mereka yang terlibat dalam acara perbarisan ini. Full house weh! 

@bj_teamlogistic

Rehearsal MERDEKA sahaja dah penuh. Semarakkan Hari Kebangsaan 2023 #HKHM2023 #MalaysiaMerdeka #Merdeka2023 #RaptaiMerdeka2023 #Merdeka66 #MalaysiaMADANI #tekadperpaduanpenuhiharapan #teammediaLJ

♬ bunyi asal – Fahmie Izwan – Fahmie Izwan

“Abang bomba dah bagi teaser” 

Tak dilupakan juga perbarisan dari anggota bomba yang pernah menjadi sebutan ramai pada tahun lepas, turut membuat comeback pada tahun ini juga. Amboi dekat betul ye korang record abang-abang tu! 

@myxvl

Hahahahaha hakak hakak hadek hadek kena behave yee 31 ogos ni. Abam bomba mai buat comeback gahun ni 😂 #bomba #merdeka #merecik

♬ original sound – manbossysmithsonian – Meong

Apa-apapun bagi korang yang ingin menyaksikan sendiri acara perbarisan ini pada 31 Ogos, pastikan korang datang awal kerana acara akan bermula seawal 7.00 pagi.

Pastikan korang juga cakna dengan jalan-jalan yang bakal ditutup pada hari tersebut dan kalau tak nak tersekat dalam jammed, korang dinasihatkan untuk datang ke Putrajaya menaiki MRT.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-66! 

Baca: PMX Umum Tambang MRT Putrajaya Percuma Sehingga 31 Mac

Merdeka

Sumber: Fuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.