Selain bantal, selimut dan tilam yang selesa juga memainkan peranan penting dalam memastikan kita tidur nyenyak. Kalau tilam terlalu keras atau terlalu lembut, nak tidur pun susah sebab tak selesa sangat kan.
Jadi, ramai antara kita yang akan cuba pegang atau tekan-tekan sikit la tilam atau bantal yang dijual di kedai untuk tahu sama ada ia keras atau tidak.
Namun, bagi seorang lelaki di China ini pula, dia telah mencuba tilam yang dijual di sebuah kedai sehingga tertidur!
Apa yang menarik perhatian lagi adalah, dia kemudiannya terus memutuskan untuk membeli tilam tersebut selepas terjaga daripada tidur tersebut, lapor Mothership.sg.
Gelagatnya mencuba-cuba tilam yang dijual di kedai tersebut telah dirakam oleh pekerja kedai. Yang bagusnya, staf kedai itu juga dikatakan mematikan lampu di kawasan tilam untuk membiarkan lelaki berkenaan melelapkan mata sebentar.
Staf itu juga mendedahkan bahawa lelaki itu kemudiannya membeli tilam yang berharga 19,000 Yuan (kira-kira RM12,418) itu setelah dia terjaga daripada tidur.
Ni baru betul-betul test tilam.
Sumber: Mothership.sg
Baca: Pemuda Kongsi Pengalaman Naik ‘Sleeper Train’ Ke Bangkok Selama 5 Hari!