in

Rakyat Indonesia Kecewa, Bendera Dipasang Terbalik Ketika Upacara Pra Perasmian Sukan SEA Kemboja 2023

Sukan Sea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar dah dua tahun berlalu sebab semalam upacara perasmian temasya sukan dwitahunan iaitu Sukan SEA yang ke-32 telah berlangsung dengan gilang gemilang di Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja malam semalam.


Acara perasmian itu turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan dan pertunjukan bunga api.

Walau bagaimanapun, netizen Indonesia kecewa kerana bendera negara mereka telah dipegang terbalik ketika upacara pre-show opening sukan tersebut.

Cambodia holds the historic opening ceremony of the 32nd Southeast Asian Games at the Morodok Techo National Stadium in…

Posted by ASEAN Skyline on Friday, May 5, 2023

 

Umum mengetahui bahawa bendera Indonesia berwarna merah putih dengan bahagian merah di bahagian atas dan putih di bahagian bawah bendera.

Namun, ketika acara tersebut, bendera Indonesia telah dipasang dengan bahagian putihnya di atas dan warna merah di bahagian bawah.

3

Bendera yang berwarna putih di bahagian atas dan merah di bahagian bawah sebenarnya merupakan bendera negara Poland.

Rakyat Indonesia menyedari tentang kesilapan bendera mereka yang dipasang terbalik ketika menonton siaran langsung acara pra perasmian Sukan SEA itu di YouTube Press Office of The Council of Ministers Cambodia, lapor Liputan6.

Namun, difahamkan, tuan rumah iaitu Kemboja telah meminta maaf atas kesilapan berkenaan dan berjanji tidak akan mengulangi kejadian itu ketika ucapan pembukaan rasmi.

Bendera Indonesia Terbalik Di Sukan Sea Kemboja

Dapat dilihat di ruangan komen Facebook juga bahawa rata-rata netizen Kemboja memohon maaf kepada warganet Indonesia tentang kesilapan pemasangan bendera yang terbalik itu.

2

1

Harapnya netizen Indonesia akan terima kemaafan daripada warganet Kemboja. 

Sumber: Facebook ASEAN Skyline

Baca: “Bersepahhh”- Netizen Pelik Tengok Paparan SEA Games 2021 Hampir Kesemua Negara Salah Bendera

Ft Bendera Bersepah

Sumber: Kosmo
Sumber: Liputan6
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.