in

“Nasib baik tak putus weh…” – Tangan Pekerja Zoo Kena Baham Dengan Singa Waktu Campak Makanan Dalam Sangkar

Kena Kokak

Satu video viral di internet menunjukkan kejadian mengerikan terjadi kepada pekerja di sebuah zoo dekat Pakistan. Menurut Daily Mail, video berdurasi 40 saat dirakam oleh salah seorang pengunjung yang ketika itu sedang berada berdekatan sangkar seekor singa.

A4
sumber: daily mail

Ketika kejadian, penjaga zoo itu sedang melakukan rutin hariannya untuk memberikan daging kepada singa untuk dimakan.

Tapi, malangnya ketika sedang membaling daging itu ke dalam sangkar tangan kirinya dibaham singa tersebut. Ramai pengunjung ketika itu menjerit terkejut.

Difahamkan, seorang rakan kerja turut berada di situ menyaksikan kejadian ngeri menimpa mangsa namun tidak cuba untuk membantu.

A5

A7
sumber: daily mail

Penjaga zoo tersebut cuba berlawan dan tarik tangannya daripada mulut singa itu selama lebih 40 saat sebelum akhirnya dilepaskan.

Sebaik sahaja singa itu melepaskan tangannya, penjaga zoo itu terduduk dan menahan kesakitan. Pengunjung juga sempat rakam lengan mangsa yang dipenuhi darah mencurah-curah.

A3
sumber: daily mail

Dia kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di Karachi dan dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil. Menurut Pengarah Zoo, Qamar Ayub Said, pekerja itu telah melanggar undang-undang yang ditetapkan untuk memberi makanan pada singa.

Dia telah mendekati singa itu dan memberi makanan dengan cara yang salah namun pihak zoo akan menanggung rawatan dan berharap mangsa akan kembali pulih untuk bekerja semula.

Tonton video tu di sini.

Baca: “Dah kena baru nak menyesal” – Anak 2 Tahun Kena Baham Dengan Puluhan Ekor Buaya Dibela Bapa

Buaya Makan2