in

“Nanti jadi ikutan ramai orang” – BCL Kena Tegur Dengan Doktor Sebab ‘Memandai’ Buat Swab Test Sendiri Dekat Kawan

Ft Bcl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, video yang dimuat naik di Instagram story Bunga Citra Lestari mendapat perhatian dan mengundang rasa kurang senang netizen di Indonesia.


Video tersebut menunjukkan penyanyi lagu Cinta Sejati itu melakukan swab test Covid-19 sendiri terhadap rakannya, Vivi Aldiano tanpa bantuan petugas kesihatan. Tindakannya itu mendapat kritikan hebat dan media Indonesia kemudian terus mendapatkan ulasan seorang doktor bagi menjawab isu berkenaan.

Bcl1

Bcl2

Menurut Tribun, Dr Muhammad Fajri Adda’i berkata sepatutnya prosedur itu dilakukan dengan berhati-hati untuk mencegah daripada masalah yang lebih serius apatah lagi BCL tidak ada kelayakan sebagai petugas kesihatan untuk melakukan swab test itu sendiri.

Sangat tidak disarankan,tidak boleh, saya sebagai petugas kesihatan melarang itu supaya tidak jadi ikutan banyak orang.”

Dalam hidung kita ada bahagian yang dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendarahan dan jangkitan.”

(Swab test) di mulut boleh menyebabkan muntah, kalau jolok sembarangan boleh terkena tonsil. Tonsil boleh berdarah, luka dan menyebabkan jangkitan.”

BCL sememangnya menjaga SOP sepanjang Covid-19 ini jadi tidak hairanlah jika dia meletakkan syarat bagi sesiapa yang nak berjumpa dengannya perlu menjalani proses ujian saringan tersebut. Namun, dia sendiri yang melakukan swab test itu dan bukan mengupah mana-mana petugas kesihatan bagi melakukan proses tersebut.

Disebabkan itu, tindakannya dikritik ramai pihak kerana sudah terang-terangan BCL bukanlah seseorang yang mempunyai kelayakan untuk memahami cara yang betul bagaimana ujian saringan sepatutnya dilakukan.

Baca: “Cocok sama Ariel Noah” – Muat Naik Video Mesra di Instagram, Netizen Mahu Jodohkan BCL Dengan Ariel Noah

Mesra Bcl Noah

Sumber: Tribun
Sumber: Tribun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.