in

“Nak melaram acah diva, acah retis tapi bajet ciput kedekut…” – Tukang Jahit ‘Sembur’ Pelanggan Ni Sebab….

tailor mengamuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bakal pengantin mana yang tak idamkan baju lawa persis selebriti kan? Macam tu juga pelanggan tukang jahit sorang ni. Wanita itu mengidamkan baju pernikahan songket yang digayakan oleh Fasha Sandha rekaan Rizman Ruzaini pada perkahwinan dia baru-baru ni.

Nak upah baju macam ni. Boleh buat tak?”

tailor 1
Sumber: Facebook
fasha 1
Sumber: Instagram

Tapi, silapnya wanita tu, dia siap letakkan harga upah jahit kepada tailor tu. Dia dambakan baju nikah secantik tu dengan harga RM350 untuk total upah jahit, kain dan lace. Apa lagi, tailor bernama Che Tam tu naik darah dan ‘sembur’ potential client dia lebih-lebih sebab dia Whatsapp seawal 4 pagi.


You nak buat kerja atau I yang nak buat kerja. Retis tu tempah baju tu harga puluh puluh ribu. Cannot brain arrrr…”

Memang panjang betul Che Tam reply mesej wanita tu. Kiranya nampak sungguh kemarahan dia tu. Lepas tu, dia kata wanita tu nak baju ala artis tapi bajet sikit dan kedekut!

Hang ingat aku sapa? Aku CHE TAM tauuuu! HOME TAILOR SENDU CAP AYAM. Home tailor bukan sebarang home tailor tauuuuuu!!”

tailor 2

tailor 3
Sumber: Facebook

Tapi, wanita tu kemudian minta maaf kerana kesilapan dia tu tetapi katanya Che Tam perli dia pulak. Che Tam juga bagitau yang dia boleh jahitkan tapi akan caj RM3,500 untuk baju macam tu.

Take it or leave it!

Dalam pada marah tu sempat jugalah Che Tam bagi advice dekat dia untuk ‘ukur baju di badan sendiri’ dan buat ikut kemampuan poket sendiri.

tailor 4

tailor 5
Sumber: Facebook
fasha 3
Sumber: Instagram

Tapi, ramai netizen tak setuju dan tak suka dengan cara Che Tam tu yang katanya angkuh sangat. Sepatutnya dia reply elok elok dan bukan ‘bahasakan’ orang, yelah potential client tu. Buatnya viral, lepas tu lari customer kan naya tuuuu.

komen 1

komen 2
Sumber: Facebook

Memang tak dinafikan kadang-kadang ada jenis client yang banyak songeh atau rude. Tapi pada admin, cakap elok elok je dengan dorang selagi tak melampaui batas.

Baca: “Macam watak princess disney” – Netizen Terkesima Dengan Rekaan Baju Kahwin Rizman Ruzaini, Cantik-cantik Belaka!

RIZMAN RUZAINI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.