“Najib pembangkang contoh”

Jadikan sumber pilihan di Google
“Najib pembangkang contoh”

Sejak tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negara, bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak begitu lantang bersuara tentang hal negara walaupun menerima banyak tuduhan berkaitan penyelewengan ketika pemerintahannya terdahulu.

Menurut MSN News, seorang penganalisis politik memuji bekas Perdana Menteri itu kerana menggunakan fakta serta nombor dan bukannya retorik politik untuk mempertahankan dirinya terhadap tuduhan penyalahgunaan kuasa.


Kamarul Paderi 1
Sumber: Ibnu Hasyim

Kamarul Zaman Yusoff dari Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) itu juga mengatakan bahawa kenyataan-kenyataan bekas Pengerusi Barisan Nasional itu membuatkan Najib lebih layak menjadi ketua pembangkang berbanding pemimpin UMNO sedia ada sekarang.

Kamarul juga mendakwa Presiden sementara UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi nampak terlalu buntu dan terkejut untuk memberikan sebarang respon kepada kenyataan retorik Pakatan Harapan terhadap kerajaan yang terdahulu.

“Mungkin mereka masih terkejut dengan keputusan PRU14 dan perlu ambil sedikit masa untuk memainkan peranan sebagai pembangkang,” kata Kamarul.

Kamarul juga menyatakan bahawa Najib mendengar kata penasihat kerajaan baru dengan menjadi seorang pembangkang yang sangat bagus dan boleh membuat check and balance kepada kerajaan.

Najibppa1501
Sumber: The Malay Mail

Namun, Kamarul mendakwa ramai di antara rakyat yang tidak mahu mendengar kata-kata Najib dan orang-orang yang dekat dengannya secara serius.

“Dah terlambat untuk mereka, tapi mungkin tidak bagi Khairy Jamaluddin. Sebab KJ berimej lebih positif dan dia tak berkait rapat dengan Najib.”

Seorang lagi penganalisis politik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya juga membuat kenyataan bahawa Barisan Nasional ada banyak lagi perkara yang perlu dibuat bagi menunjukkan bahawa mereka merupakan pembangkang yang kuat dan dihormati.

“Kalau mereka tak belajar untuk jadi pembangkang yang efisyen, susah untuk mereka nak naik semula.”

Kerajaan memang perlukan pembangkang yang bagus macam Datuk Seri Najib supaya sentiasa ada semak dan imbang dalam tampuk pemerintahan baru?

Baca: “Najib lidah bercabang”

Jib 2

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Najib pembangkang contoh”
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/najib-pembangkang-contoh/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen