in

“Najib lidah bercabang”

Ayoo 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tersebarnya laporan audit dan penggeledahan kediaman bekas Perdana Menteri menjadi tanda penyiasatan sedang giat dilakukan ke atas kes skandal 1MDB. Namun bekas Presiden UMNO itu menafikan sebarang penyelewengan yang berkaitan dengan 1MDB.


Malah Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahawa kekalahan pada PRU14 adalah kerana fitnah yang dilemparkan kepadanya dan keluarga. Berikutan hal itu, Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil mengingatkan Najib bahawa kenyataan beliau jauh meleset dari fakta sebenar, lapor Malaysiakini.

“Najib seharusnya bersikap lebih jujur dalam mempertahankan dirinya daripada siasatan yang sedang dijalankan sekarang dan bukannya berbohong kepada rakyat kononnya beliau difitnah,” kata ADUN Permatang Pasir itu.

Adhlaid
sumber: malaysiakini

“Sikap lidah bercabang Najib ni ternyata memperlihatkan kerisauan beliau berhadapan dengan siasatan yang dijalankan.”

Lepas berlakunya serbuan berterusan ke atas hartanah dan pejabat yang dikaitkan dengan Najib minggu lepas, bekas Pengerusi Barisan Nasional itu mempersoal sama ada siasatan 1MDB terhadap beliau dijalankan dengan telus.

Mengulas dakwaan Najib, Faiz menyatakan bahawa 1MDB adalah satu fakta yang tak boleh disangkal ahli Parlimen Pekan itu.

“Isu-isu skandal korupsi berskala mega yang menyelebungi pentadbiran Najib sebelum ini terutama skandal 1MDB adalah berdasarkan fakta benar yang gagal disangkal secara positif oleh dirinya.”

“Ini yang akhirnya telah membangkitkan semangat rakyat terbanyak menolak BN.”

Nqj
sumber: malaysiakini

Faiz menjelaskan hutang 1MDB mencecah RM50 bilion seperti yang disebut Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ditanggung oleh pembayar cukai dan bukannya 1MDB. Jadi ini membuktikan bahawa wang negara telah disalahgunakan.

“Ini adalah kerana sebahagian besar hutang tersebut tidak dibelanjakan untuk projek-projek 1MDB tetapi hilang tanpa penjelasan konkrit.”

“Najib juga hingga kini masih gagal menyaman Wall Street Journal jika benar skandal 1MDB suatu fitnah terhadap beliau walaupun telah berjanji melakukannya pada hari Selasa. Menjelang esok, sudah berlalu 151 kali Selasa, namun saman tidak juga kunjung tiba.”

Semoga kes 1MDB ini akan dapat diselesaikan tak lama lagi.

Baca: “BN kalah sebab kempen memburukkan saya”

Kalah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.