Pengalaman dan kenangan waktu sekolah memang sukar dilupakan. Ada-ada saja pengalaman yang manis bahkan juga pelik yang kita akan kenang walaupun dah bertahun tinggalkan sekolah.
Mungkin pengalaman ini yang bakal menjadi satu kenanangan untuk kumpulan pelajar sekolah ini yang terpaksa menumpang sebuah lori syarikat penghantaran untuk ke masjid untuk Solat Jumaat.
Bukan seorang dua, tapi sekumpulan. Korang tengok video @solehahardz di bawah.
@
Artikel berkaitan: “Kutiplah, halal2” – Lori Sotong Terbalik Di Tepi Highway, Orang Ramai Serbu Kutip Sotong Percuma
Artikel berkaitan: Mangsa Kemalangan Lori Balak Ditidurkan, Tidak Mengandung Seperti Yang Tular
Naik lori weh
Min rasa pengalaman pelajar-pelajar ni naik lori memang tak mudah untuk dilupakan. Mana tidaknya, biasa naik bas, tiba-tiba satu hari ni terpaksa naik lori. Nasib baik selamat sampai. Macam biasalah, netizen pasti ada komen-komen yang menghiburkan.
Dah macam review barang beli online pulak kan. Nasib baik tak jadi apa-apa kepada parcel yang dihantar, semuanya selamat.
Betul, senang tugas pekerja penghantaran. Tak perlu nak hantar sampai depan pintu. Buka pintu lori, parcel terus jalan sendiri.
Itulah kan, nasib baik ada video. Kalau tak dah jadi kes culik beramai-ramai. Culik pulak naik lori kan.
Ini yang min cakap awal tadi. Pengalaman yang susah dilupakan dan mungkin tak akan berulang lagi. Memang akan jadi buah mulut di tahun mendatang untuk pelajar-pelajar ni.