in

“Musim dia ke ni?” – Tular Video Lubang Benam Sekitar Kuala Lumpur, Ramai Luah Risau

Lubang Benam Sekitar Kuala Lumpur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial mengenai kejadian lubang benam dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, sejak semalam.

Menerusi perkongsian di laman Threads, antara kawasan yang dikenali pasti terjadinya lubang benam atau jalan berlubang berlaku di Wangsa Maju, Jalan Imbi dan Jalan Tun Perak berdekatan Menara Maybank.


Salah satu lubang benam yang mencetuskan kebimbangan ramai berlaku di Jalan Wangsa Delima 4, Wangsa Maju berhampiran simpang empat Wangsa Walk.

Berdasarkan video tular itu, lubang tersebut kelihatan agak dalam selain mempunyai saliran air di bawah permukaan jalan.

 

View on Threads

 

Bukan itu sahaja, satu lagi kejadian lubang benam turut berlaku di sebuah jalan di Alam Damai, Cheras.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Kejadian Lubang Benam Di Sumatera Barat, Ramai Kunjungi Lokasi ‘Sinkhole’ Untuk Ambil Air

Artikel berkaitan: ‘Sinkhole’ Sedalam 50 Meter Gemparkan Bangkok, Penduduk Sekitar Dipindahkan & Bangunan Dikosongkan

Selain itu, turut berlaku kejadian kebocoran paip pecah di Jalan Imbi berhampiran Berjaya Times Square.

Bagaimanapun, difahamkan kerja-kerja pembaikan dan penukaran paip sedang giat dijalankan.

 

View on Threads

 

Sementara itu, seorang pengguna Threads berkongsi keadaan permukaan jalan di belakang Menara Maybank yang kelihatan berlubang.

 

View on Threads

 

Insiden lubang benam ini mencetuskan kebimbangan ramai kerana beberapa lokasi tular itu dikelilingi pembangunan kediaman bertingkat tinggi.

Beberapa pengguna turut membuat spekulasi mengenai punca kejadian, termasuk mengaitkannya dengan hakisan tanah yang berlaku sejak sekian lama.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.