in

“Mungkin nak jadikan flower girl kot” – Pengantin Perempuan Dikecam Sebab Ikat Bayi Pada Gaun Perkahwinan

Ft Baby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mengimpikan perkahwinan yang akan meninggalkan memori dalam hidup mereka. Jadi tak hairanlah mengapa segelintir pasangan pengantin kadang-kadang dilihat melakukan perkara yang dianggap ‘aneh’ sewaktu majlis resepsi mereka.


Tapi biasalah bila sudah berani buat mestilah kena berani tanggung.

Siapa sangka gambar pasangan pengantin di Tennessee yang telah diambil pada tahun 2014 ini kembali tular dalam kalangan pengguna reddit.

 

Bayi sebagai ‘hiasan’

Gambar ini dikatakan kembali menjadi buah mulut ramai setelah pengguna laman web itu tidak berpuas hati dengan tindakan si ibu.

Menerusi gambar itu, wanita tersebut dilihat menyelusuri lorong di dalam gereja bersama pasangannya dengan bayi kecil yang diikat pada gaun perkahwinannya.

Bayi itu dianggarkan berusia satu bulan dilihat berada pada ekor gaun itu.

Capture 13 4

Sikit lagi boleh tergolek budak tu!

 

“Tolonglah cakap itu bukan baby betul!”

Penularan gambar itu dilihat mendatangkan kemarahan dalam kalangan pengguna lama web tersebut.

Ada diantara komen yang mengharapkan bahawa bayi yang ‘diusung’ itu hanyalah patung dan bukanlah bayi sebenar. Tapi kalau tengok gambar, min macam yakin je tu baby betul.

 

Capture 1 4

Tidak cukup dengan itu, kemarahan netizen turut dilemparkan kepada tetamu kerana tidak menyelamatkan bayi malang tersebut.

Bila tengok balik gambar tu, tetamu pun muka terkejut. Mungkin mereka terkaku tak tahu nak buat apa…

Setelah mengetahui mengenai penularan gambar lamanya itu, si ibu pun akhirnya mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakannya lapor mstar.

Kami melakukan apa yang kami mahu, bila mana kami mahu, selagi semuanya berjalan lancar dan terus berjalan lancar. Bayi itu sedang terjaga di bawah kendalian saya.

Nasib baik la berjalan lancar, kot ada yang terpijak ke baby tu, tak pasal-pasal pula nanti!

Baca : Agak-agaklah overclaim pun Kain Kayangan Dakwa Boleh Rawat Ekzema Pada Kulit Bayi

Capture 13 3

Sumber: Reddit
Sumber: Reddit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.