in

“Mu cikgu nat*ng!” – Mengamuk Serang Cikgu, Ingatkan Pasal Kes Gantung Sekolah Rupa-rupanya Sebab Isteri..

Serang Cikgu
Lobak Merah
Lobak Merah
"Mu cikgu nat*ng!" - Mengamuk Serang Cikgu, Ingatkan Pasal Kes Gantung Sekolah Rupa-rupanya Sebab Isteri..
Loading
/

Viral di Facebook sejak semalam satu video menunjukkan beberapa orang lelaki mengamuk dan menyerang cikgu dalam kawasan sebuah sekolah di Bachok, Kelantan pada hari Sabtu jam 10.30 pagi.

Menurut Harian Metro, mereka memarahi dan mengasari Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunung terbabit sambil disaksikan beberapa pelajar sekolah berkenaan serta pengawal keselamatan yang dikatakan menyorok ketika kejadian berlaku.

Serang Cikgu1

Dalam video berdurasi lebih 3 minit itu, seorang lelaki yang memakai baju hitam dilihat naik angin dan mengajak guru itu untuk menyelesaikan masalah mereka di luar sekolah sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Mu cikgu nat*ng!”

Namun guru lelaki terbabit dikatakan enggan keluar dari kawasan sekolah dan mahu selesaikan masalah mereka di situ sahaja. Pada mulanya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada seorang pelajar sekolah yang juga anak saudara lelaki berbaju hitam tersebut telah digantung persekolahan.

Serang Cikgu2

Katanya, mereka tidak mendapat surat daripada pihak sekolah namun menurut cikgu itu surat telah pun diberi kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun, selepas siasatan dilakukan, lelaki itu menyerang cikgu terbabit juga disebabkan hal lain. Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah,

“Sebelum itu, guru itu menghubungi ibu bapa pelajar supaya hadir ke sekolah bersama-sama pelajar untuk tandatangan akujanji namun hanya pelajar yang hadir.”

“Berlaku salah faham apabila isteri penyerang yang juga bapa saudara pelajar yang digantung sekolah mendakwa guru ini menyerangnya dan mengeluarkan perkataan kurang enak.

“Mereka kemudian bertindak menyerang guru ini di sekolah, namun selepas diberi penjelasan, mereka faham dan meminta maaf.”

Serang Cikgu3

Bagaimanapun, menurut Nik Aminuddin pihaknya masih belum menerima sebarang laporan tentang kes itu dan pihak sekolah juga akan mengadakan sidang media pagi ini untuk memberi penjelasan lanjut berhubung kejadian itu.

Tonton video di bawah:

Baca: “Pasal 15 ringgit pun nak jerit” – 2 Lelaki Mengamuk Di MyNews Sogo Gara-gara Cashier Tersilap Caj Bayaran

Rokok