in

“Pasal 15 ringgit pun nak jerit” – 2 Lelaki Mengamuk Di MyNews Sogo Gara-gara Cashier Tersilap Caj Bayaran

Rokok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Pasal 15 ringgit pun nak jerit" - 2 Lelaki Mengamuk Di MyNews Sogo Gara-gara Cashier Tersilap Caj Bayaran
Loading
/

Manusia mana yang tak buat kesalahan tambah-tambah pulak dalam mengira jumlah wang. Kalau pekerjaan sebesar-besar akauntan pun ada buat salah, inikan pulak cashier di kedai runcit biasa. Kalau ada salah tu, sebagai customer korang tegurlah atau buat aduan, tak perlulah nak bising-bising macam kes kat bawah ni.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, netizen ini mendedahkan video 2 orang lelaki sedang menjerit-jerit marah kepada seorang cashier di MyNews Sogo baru-baru ni. 


 

“Boleh tak kita stop ada sejenis ‘Meleis’ macam ni yang suka mengamuk di tempat awam?” 

Menurut netizen tersebut, kejadian seperti video di bawah berlaku ketika dia sedang beratur di premis MyNews Sogo. Dua orang lelaki (berbaju hitam dan merah) dilihat sedang memarahi cashier berbangsa asing tersebut kerana salah caj bayaran. 

Kata netizen ni, memang betul pun perkara itu salah cashier terbabit. Tapi isu ni, tak perlulah marah-marah atau mengamuk bagai sampai memalukan orang ramai. Benda boleh bincang elok-elok kan?

Sogo 1

Sumber: Twitter

 

“Ramai tanya kenapa saya tak buat apa-apa untuk hentikan semua ni. Kalau anda di tempat saya. Bayangkan ada dua lelaki yang tengah mengamuk…” 

Mengamuk 3
sumber: twitter

 

“Tak masalah sekarang yang kau nak angin macam orang takde akai kenapa? Benda boleh cakap elok-elok kot” 

Rata-rata netizen yang melihat tersebut rasa sangat ‘offended’ kerana sikap yang ditonjolkan 2 lelaki tersebut. Gaya mereka berlagak habis dan sanggup nak mengamuk hanya kerana RM15?? Apooo… 

Teruk
sumber: twitter

 

“Tak kiralah cashier orang tempatan atau tak, kita mesti respect setiap seorang sebagai manusia”

Perasaan
sumber: twitter

Bagi admin, kalau benda boleh bincang elok-elok, kenapa nak gaduh kan?

Baca: “Ko pikir aku bawak anak biawak ka?” – Ibu Mengamuk Staff Kedai Terkenal Larang Bawa Anak OKU Masuk

Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.