in

MetMalaysia Sangkal Dakwaan Cuaca Lebih Kering Ramadan Nanti

MetMalaysia Cuaca Panas Mac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini tampil menjelaskan dakwaan tentang kenyataan bahawa cuaca akan lebih kering semasa fasa peralihan monsun iaitu pada penghujung bulan Mac yang juga merupakan permulaan bulan Ramadan.

Menurut Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Muhammad Helmi Abdullah berkata, dakwaan kononnya cuaca akan lebih kering semasa fasa peralihan monsun berkenaan mungkin merujuk kepada cuaca di sesetengah kawasan di Malaysia sahaja.


Lebih tepat, cuaca di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan juga Johor Timur sahaja akan mengalami cuaca kering berkenaan dan bukannya seluruh negara.

Lelaki sedang mengelap peluh kerana kepanasan

Tambahnya lagi, semasa fasa peralihan monsun dari Timur Laut ke Barat Daya, lazimnya cuaca ribut petir beserta hujan lebat akan berlaku, ia juga akan menyebabkan berlakunya angin kencang terutama di kawasan pedalaman dan juga Barat Semenanjung.

Menurutnya, semasa fasa peralihan monsun berkenaan, taburan hujan adalah paling tinggi di barat Semenanjung, terutamanya di Lembah Klang.

Oleh itu, kenyataan bahawa cuaca akan lebih kering semasa fasa peralihan monsun yang akan berlaku pada penghujung Mac nanti adalah kurang tepat dan orang awam disarankan untuk sentiasa cakna dengan maklumat, ramalan serta amaran cuaca dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Muhammad Helmi turut menjangkakan cuaca panas melanda semenanjung, terutama di bahagian utara, sehingga hari ini.

Semalam, suhu paling panas dicatatkan di Alor Setar, Kedah dengan bacaan 36°C diikuti Chuping, Perlis (35.8°C), Pulau Langkawi (35.6°C) dan Petaling Jaya, Selangor (35°C).

Baca : Jutaan Ikan Ditemui Terapung Di Sungai Australia Gara-gara Gelombang Haba

f4 jutaan ikan mati di australia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.