in

“Menari sampai nampak dada”

Lala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susah kalau dah jadi artis ni kan, segala benda yang dorang buat tu semua peminat teliti satu-satu. Setiap tindak-tanduk akan jadi perhatian ramai dan tak akan terlepas dari kena kecam dengan netizen.



Baru-baru ni pelakon cantik Emma Maembong ada muat naik satu video parodi menari dengan Alvin Chong. Telatah pasangan pelakon Awak Suka Saya Tak? tu ditonton lebih 1.4 juta kali lepas Emma muat naik kat laman Instagram dia.

Em2
sumber: instagram

Rata-rata memuji kecomelan gandingan tu dan ada jugak yang tak habis-habis mengagumi kecantikan Emma. Emma dan Alvin memang berkawan baik, jadi tak hairanlah dorang nampak sempoi je menari sama-sama macam tu.

Tapi dalam ramai-ramai yang duk puji Emma, ramai juga yang mengecam kakak kepada Chacha Maembong ni sebab katanya perempuan bertudung tak sepatutnya tunjuk perangai tak elok macam ni. Ada jugak yang cakap perangai Emma ni mungkin jadi sebab dia putus dengan Zizan Razak. Ouch!

Hinakomen 1
sumber: instagram

Lebih teruk lagi, ada yang menuduh Emma memalukan Islam sebab tergelek-gelek walaupun berhijab. Katanya tak kisahlah Emma seorang penari yang bagus ke apa, tapi kelakuan dia tu boleh jadi fitnah pada agama Islam.

So dorang cakap kalau Emma nak menari, menari je lah sorang-sorang kat rumah asalkan bukan untuk dijadikan tontonan umum. Seorang lagi individu pulak bertanya sama ada Emma ni orang Islam ke tak sebab dia malukan diri sendiri macam tu.

Islamickomen 1
sumber: instagram

Sekarang memang banyak sangat aplikasi yang mendorong kita untuk menari-nari depan kamera, kan? Seeloknya janganlah keterlaluan dan sentiasa bersederhana supaya tak menimbulkan fitnah.

Tonton video tarian Emma dan Alvin ni:

Sumber: Instagram

Baca: “Banyak lagi tajuk boleh tulis” – Emma Maembong Kecewa Wartawan Jaja Kisah Peribadi

Feffefe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.