in

“Banyak lagi tajuk boleh tulis” – Emma Maembong Kecewa Wartawan Jaja Kisah Peribadi

Page Emma2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon kacukan Emma Maembong memang tidak dapat lari dengan kontroversi. Pada tahun lepas, kisah perbadinya sering menjadi tajuk berita. Mana taknya, ramai peminat yang suka mengikuti kisah percintaannya dengan pelakon Kamal Adli.


Dengan kehadiran pihak ketiga di dalam percintaan mereka, semakin ramailah yang ingin mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka ini. Oleh itu, banyaklah berita-berita yang mengeluarkan cerita yang mengisarkan kisah perbadinya.

Emma5
sumber: instagram

Walaupun selama ini Emma Maembong hanya mendiamkan diri, namun terbaru, dia mula menyatakan kekecewaan di instastory terhadap para wartawan yang sering menjaja kisah peribadinya kepada umum.

Susulan Emma Maembong menghiasi halaman depan sebuah majalah yang memaparkan tajuk mengenai kisah cintanya dengan Kamal Adli, pelakon yang bakal mencecah usia 26 tahun itu berkata dia muak dengan tajuk begitu yang tiada kena mengena dengan kerjayanya.

Emma1Blur
sumber: cari

Katanya lagi, tajuk yang ditulis oleh majalah tersebut boleh menimbulkan salah faham dan boleh menimbulkan pergaduhan antara dia dan Kamal Adli sedangkan mereka berdua tiada masalah antara satu sama lain.

Emma turut memberitahu bahawa ketika ditemu bual, wartawan telah bertanya kepadanya mengenai hal kerjaya, namun, kecewa kerana akhirnya hal peribadi juga yang dijadikan tajuk utama.

Emma3
sumber: cari

Walaupun ada betulnya apa yang diluahkan Emma, tetapi sebagai seorang artis, sudah menjadi lumrah untuk kisah peribadi dijadikan bahan kerana lebih mendapat sambutan dalam kalangan pembaca.

Masing-masing ada pendapat sendiri…

Baca: “Cium tangan dah macam laki bini…” – Netizen Kecam Emma Maembong Salam Kamal Adli

R 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.