“Mampuslah kau anak b*bi” – Pemaju Perumahan Bergelar Ustaz Mesej Maki Pembeli Bila Ditanya Pasal Rumah

Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, usahlah menilai seseorang itu dari segi luaran dan penampilannya. Kadang-kadang apa yang kita nampak diluaran seseorang itu nampak buruk sebenarnya orang itu lah jauh lebih mulia begitu juga sebaliknya.

Amat mendukacitakan hati pembeli apabila seorang pemaju perumahan yang bergelar ‘ustaz’ ini memaki hamun mereka apabila ditanya mengenai perkembangan pembelian rumah mereka.

 

Manusia yang menggelar dirinya ustaz ‘membabikan’ orang sesuka hatinya.

Beli rumah bukanlah macam beli kereta, rumah ini adalah tempat kita berteduh, sudah semestinya bila didengar tawaran harga murah, pasti orang akan berebut untuk dapatkan peluang membelinya.

Namun amat menghampakan apabila sudah dibayar deposit tapi masih belum mendapat sebarang khabar berita.

Bahkan bila ditanya, respon yang diberikan itu tidak melambangkan sepertimana penampilannya yang kita nampak secara mata kasar. Memang betul apa yang dikatakan oleh penulis buku hartanah Azizul Azli Ahmad ini, memalukan golongan agamawan sahaja

“USTAZ DAN GADIS TIK TOK!

Kita marah bila orang menghina agama kita, hakikatnya ramai dari kita sedang menghina agama kita sendiri.

Melihat Analisis dengan perwakatan seorang yang bergelar ustaz dan menerima pendidikan agama buat hati kita berfikir.

Apakah hatinya masih ada?

Tiadakah ada ihsan pada orang orang yang telah membayar yang berjaya ditipunya?

“Itu rahsia perniagaan kami” bila ditanya bila rumah akan siap

Kita juga kecewa bila anak gadis bertudung menari tik tok.

“Buat malu orang jer pakai tudung terloncat loncat”.

Apa bezanya orang berkopiah menipu orang lain dan bertudung menari seksi.

Keduanya sedang menghina agama kita. Lebih hina lagi bila berpewatakkan agama hingga orang terpesona dan menipu mereka.

Gadis tik tok tidak sampai menghina orang lain. Tetapi manusia yang mengelar dirinya ustaz ‘membabikan’ orang sesuka hatinya.

Memalukan golongan agamawan

Ketika manusia berwajah agama sedang menjual dan menipu manusia. Syaitan syaitan sedang bergelak ketawa dan berpadan muka pada kita semua.

Abah Qilah”

 

Mampus lah kau anak b*bi – Makian ‘ustaz’

Bukan sahaja respon dengan cara kasar, siap maki hamun lagi pembeli. Mungkin tertekan dihujani dengan bermacam-macam pertanyaan kerana rumah masih belum siap itu sebab lah bertindak sedemikian rupa.

Bagaimanapun, memaki hamun kepada pelanggan bukanlah cara yang bagus untuk menyelesaikan masalah.

 

Baca : “Lari dari jihad takkan buat hidup kita lebih lama” – ‘Ustaz’ Ni Dikecam Kerana Kutuk Mangsa Insiden Christchurch ‘Munafik’ Lari Dari Jihad

 

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?