in

“Macam pengetua bersara” – Makcik ‘Cleaner’ Sekolah Terima Hadiah Bersara Dari Murid & Guru Buat Netizen Terhibur

Cats 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah menjadi lumrah dalam sekolah bila seseorang guru tu nak bersara, seluruh warga sekolah akan mengambil peluang untuk bagi hadiah sebagai tanda penghargaan. Lagi-lagi kalau orang tu dikenali dengan sifat baiknya, memang banyaklah hadiah yang dia terima.


Baru-baru ni, seorang pengguna TikTok, symazani berkongsi video mengenai ibunya yang mendapat hadiah bersara dari guru-guru dan murid-murid.

Namun, apa yang mencuri perhatian ialah hadiah-hadiah yang dia dapat tu mengalahkan pengetua bersara tau!

@symazani

NAK TENGOK CARD PART 2 roger ??? #fyp #fyp #fypシ゚viral

♬ original sound – SyimaA – SyimaA

Dipercayai, ibunya yang mesra dengan panggilan Makcik Midah itu merupakan seorang cleaner yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Perak. Akan tetapi, dia baru saja bersara dari kerjanya itu baru-baru ni.

Disebabkan tu, pihak sekolah meraikan persaraannya dengan memberinya pelbagai hadiah sepanjang berkhidmat di sekolah tersebut walaupun dia hanya merupakan seorang cleaner.

Dalam video tersebut, kelihatan banyak beg-beg hadiah untuk Makcik Midah diletakkan atas satu sofa sehingga penuh.

Artikel berkaitan: Terharu Dengan Sokongan Peminat, Tokti Nak Adakan Konsert Terakhir Di Stadium Bukit Jalil Sebelum Bersara?

Artikel berkaitan: “:Sumpah sedih weh!” – Jeon So Min Umum ‘Bersara’ Dari Running Man Lepas 6 Tahun Bersama

 

Di samping tu, Makcik Midah turut menerima kad-kad ucapan terima kasih dari murid-murid yang lawa-lawa dan menghiburkan netizen.

“Terima kasih Makcik Midah kerana bersihkan kelas kami. Kami sayang Makcik Midah.”

“Terima kasih Makcik Midah kerana menyapu kelas 3 Al-Izzah sehingga bersih. I love you.”

“Saya sayang Makcik Midah. Semoga Makcik Midah sihat selalu.”

Capture1 1

Tak kurang juga, ada yang sanggup selitkan RM2 dalam kad ucapan tu semata-mata nak beri hadiah pada makcik ni.

Pada masa yang sama, Makcik Midah juga unboxing hadiah dari guru dan kawan-kawannya yang diantaranya merupakan telukung, handbag, makanan dan tupperware.

@symazani

Replying to @iekaaa done unboxing kata. Haha hadiah dah bukak duluuuu sebab esaiteddddd #fyp #fypシ

♬ original sound – SyimaA – SyimaA

Video yang meraih hampir 400 ribu tontonan itu turut mendapat pujian dari netizen untuk Makcik Midah di samping berkongsi pengalaman yang sama.

Cats 53

Terima kasih, Makcik Midah!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.