“Maafkan kami” – Anjing Jalanan M*ut Jatuh Dari Tingkat 17 Pangsapuri Di Penang Selepas Seminggu Terperangkap

Tambah ke Sumber Pilihan
“Maafkan kami” – Anjing Jalanan M*ut Jatuh Dari Tingkat 17 Pangsapuri Di Penang Selepas Seminggu Terperangkap

Misi menyelamatkan seekor anjing jalanan yang terperangkap di atas bumbung tingkat 17 sebuah pangsapuri di Pulau Pinang berakhir dengan tragedi yang menyayat hati.

Anjing tersebut yang dikenali sebagai Hero dilaporkan terperangkap selama seminggu telah mati kerana terjatuh awal pagi Khamis, dipercayai akibat hujan lebat.


Walaupun usaha tanpa henti dilakukan oleh pasukan penyelamat dan beberapa sukarelawan daripada penduduk sekitar situ, namun anjing malang itu tidak dapat diselamatkan.

“Denga rasa pilu, Hero dipercayai jatuh dari tingkat 17 dan meninggal dunia. Misi menyelamat kami telah gagal. Kami benar-benar memohon maaf,” kata seorang penyelamat haiwan jalanan di Facebooknya.

Artikel berkaitan: ⁠Wanita Lepaskan Ular Peliharaan Sebab Geram Jiran Bela Anjing & Kucing

Artikel berkaitan: Anak Kucing Ditemui M*ti Lepas Hilang, Tuan Terkilan Lihat Rakaman CCTV ‘Oyen’ Dis*ret Keluar Dari Pagar Rumah

Screenshot 2025 08 29 131954

Menurut laporan, operasi menyelamat yang bermula pada Isnin melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, 4PAWS (Persatuan Kebajikan Haiwan Pulau Pinang), International Aid for the Protection & Welfare of Animals (IAPWA), pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam, pencinta haiwan dan beberapa sukarelawan.

Semua anggota bekerja tanpa henti, merancang strategi, menyediakan laluan keselamatan, serta memberi makanan dan air bagi mendapatkan kepercayaan Hero.

“Kami telah lakukan segala yang termampu. Kami ubah kedudukan sangkar dengan berhati-hati, perkuat laluan, dan pastikan sentiasa ada makanan dan air segar. Tetapi Hero terlalu takut untuk bergerak ke tempat selamat,” kata sukarelawan.

Screenshot 2025 08 29 132139

Menurut sumber, Hero dipercayai masuk ke kawasan pangsapuri itu, mungkin mengekori anjing milik penduduk atau mencari tempat berteduh, sebelum dikejar hingga menyebabkan ia naik ke atas bumbung.

Walaupun ketakutan, anjing itu kadang-kadang menunjukkan rasa percaya terhadap manusia yang cuba menyelamatkannya.

Seorang penduduk tempatan mula memaklumkan kepada penyelamat selepas ternampak anjing itu di atas bumbung, dan dari situ operasi menyelamat Hero dimulakan.

Komuniti setempat berganding bahu untuk membawa Hero turun dengan selamat, malah 4PAWS berjanji akan mengambil Hero jika tiada pemilik ditemui.

Namun, walaupun semua pasukan berusaha menyelamatkan Hero, misi berakhir dengan kesedihan.

Sumber: NST

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Maafkan kami” – Anjing Jalanan M*ut Jatuh Dari Tingkat 17 Pangsapuri Di Penang Selepas Seminggu Terperangkap
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/maafkan-kami-anjing-jalanan-mut-jatuh-dari-tingkat-17-pangsapuri-di-penang-selepas-seminggu-terperangkap/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM