in

“Lepastu gelak tengok budak tu nangis” – [VIDEO] Lelaki Suruh Budak Kecil Tengah Mengemis Makan Cili Padi Kalau Nak Duit

My Post 2020 09 21T181256.787 768X384 1 E1619839289988

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang, orang sanggup buat apa je untuk dapatkan duit lagi-lagi kalau tengah kebulur atau terdesak. Tapi, ni tak bermakna kita boleh ambil kesempatan atas situasi macam ni.


Baru-baru ni, seorang pengguna Facebook telah kongsikan video seorang kanak-kanak perempuan yang sedang mengemis dekat tepi jalan didatangi seseorang.

Kejadian yang berlaku di salah sebuah negara Timur Tengah ini menunjukkan orang ini menawarkan kanak-kanak itu sejumlah wang dengan syarat kanak-kanak ini perlu makan sebatang cili padi.

Screenshot 2020 09 22 At 7.09.44 Pm

Dalam video yang dikongsikan ini, netizen ini tulis di kapsyen, “Sedih melihat orang kaya mempermainkan tangisan orang miskin. Anak ini sanggup tahan sakit dari pedas cili ni untuk dapatkan wang yang kecil jumlahnya. Hina betul orang kaya ni mainkan tangisan orang miskin dan anak yatim.”

Dalam video dekat bawah ni jugak korang boleh tengok budak ni sampai keluar air mata sebab tahan pedas, tapi orang yang ambil video ni gelak-gelakkan je sebab suka dapat kenakan budak ni.

‏مؤلمة عندما يتسلى الأغنياء بدموع الفقراء ! ! أي ألم وحرقه جعلت دموعك تنهمر ياصغيرتي( طفلة تحترق احشائها من حرارة الفلفل الذي تأكله لتحصل على مبلغ بسيط ) ما اقبح واحقر الاغنياء عندما يتسلون بدموع الفقراء واليتامى( ستكونون تحت التراب يوما وتلقون عذاب تلك الدموع)??

Posted by ‎حسن محمد حسين‎ on Isnin, 14 September 2020

Netizen turut meluahkan rasa tak puas hati dengan mengatakan tindakan ini sebagai penghinaan terhadap golongan miskin serta tak berperikemanusiaan.

Macam manalah dorang boleh rasa buat benda macam ni lawak? Tak faham betul.

 

Baca: Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi ‘Content’ Video Tuan

Screenshot 2020 09 22 At 7.15.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.