Lepas Isu The 1975, Majlis Perbandaran Sepang Hanya Benarkan Persembahan Artis Tempatan

Tambah ke Sumber Pilihan
Lepas Isu The 1975, Majlis Perbandaran Sepang Hanya Benarkan Persembahan Artis Tempatan

Masih hangat diperkatakan, isu kumpulan muzik pop United Kingdom (UK) The 1975 yang melakukan aksi melampau serta merendahkan undang-undang di Malaysia dalam satu persembahan di festival muzik baru-baru ini.

Terbaru, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengumumkan pihak mereka tidak akan membenarkan mana-mana persembahan daripada artis luar dalam masa terdekat.


Menurut laporan The Star, perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat lembaga penuhnya ketika ahli majlis membincangkan perihal Festival M4ntap yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 Ogos di Litar Antarabangsa Sepang yang menampilkan artis electronic dance antarabangsa.

1200Px Sepang TribuneSumber: Wikipedia

Yang Dipertua MPSepang Datuk Abd Hamid Hussain berkata artis antarabangsa mesti melalui Agensi Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Asing (Puspal) untuk mendapatkan permit yang diperlukan.

“Apabila diluluskan oleh Puspal, majlis akan memutuskan untuk meluluskan lokasi persembahan.

Penganjur acara perlu mematuhi keperluan tambahan, termasuk memastikan tingkah laku dan tingkah laku artis mematuhi undang-undang yang terpakai pada setiap masa.

Sebarang pelanggaran perkara ini akan menyaksikan majlis mengambil tindakan sewajarnya, termasuk pembatalan serta-merta acara itu,” katanya.

Merujuk kepada perkara tersebut, beliau berkata buat masa ini, hanya persembahan artis tempatan sahaja yang dibenarkan, untuk Festival M4ntap pula, penganjur dibenarkan untuk menggunakan litar tetapi hanya persembahan artis tempatan yang dibenarkan.

Baca: The 1975 ‘Cabut’ Balik UK Dalam Tempoh 6 Jam, Polis Bukan Lambat Ambil Tindakan Tapi…

Ayob Khan

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lepas Isu The 1975, Majlis Perbandaran Sepang Hanya Benarkan Persembahan Artis Tempatan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lepas-isu-the-1975-majlis-perbandaran-sepang-hanya-benarkan-persembahan-artis-tempatan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM