in

Lelaki ‘Paling Dikehendaki’ Ditahan Pada Hari Lahir, Pihak Polis Siap Bagi Kek Coklat!

Untitled Design 2022 04 22T143645.341

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki dikehendaki yang ditahan polis di Palawan, Filipina pada hari ulang tahunnya diberi kejutan hari jadi kek oleh pihak berkuasa semasa dia berada di dalam lokap.


Suspek yang digelar sebagai “Orang Paling Dikehendaki Bataraza, Puerto Princesa, Palawan” bertemu jalan buntu apabila dia ditahan oleh polis perbandaran Altavas pada 19 April dan selepas dia dicekup, polis mendapati bahawa ia merupakan hari lahirnya yang ke 45 tahun.

278257884 290339129938154 6869042098981701747 N

Setelah disahkan hari itu adalah hari istimewa suspek tersebut, pihak berkuasa memutuskan untuk mengejutkan Allan Barrientos Delos Angeles dengan kek hari jadi.

Dalam gambar yang dikongsi oleh Balai Polis Perbandaran Altavas, kelihatan seorang anggota polis memberikan kek coklat kepada suspek tersebut. Malah, pada kek coklat itu tertulis “Selamat ulang tahun ke-45 Allan!”.

278866205 290339213271479 7185977530443549801 N

Dalam gambar lain, Allan dilihat memegang kad dengan maklumatnya untuk mugshot sambil polis memegang kek itu.

Suspek yang menetap di Aklan itu mempunyai waran tangkap tetap yang dilaporkan sejak 1996 kerana memiliki senjata api secara haram dan percubaan pembunuhan. Dia dicadangkan diikat jamin sebanyak P60,000 (RM 4,949) dan P200,000 (RM 16,502), atas dua pertuduhan.

Sementara itu, dalam laporan Life difahamkan pihak berkuasa Altavas berkata Delos Angeles akan dibebaskan pada 20 April selepas memproses jaminan malah, dia juga segera mengakui jenayahnya dan tidak menentang penahanan.

Baca: Mengejutkan! Suspek Pembunuhan Bukit Putus Didakwa Terlibat Kes Dera & Sembunyi Mayat 11 Tahun Lepas?

Untitled Design 2022 04 22T143555.014

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.