Kesesakan lalu lintas atau lebih mudah dipanggil jalan jem oleh orang Malaysia nampaknya bukanlah hanya menjadi masalah di negara kita, malah di negara-negara jiran seperti di Thailand juga tak terlepas dari isu ini.
Nampaknya kesesakan lalu lintas di Bangkok adalah lebih teruk berbanding di Kuala Lumpur kerana baru-baru ini, seorang individu dirakam sempat menyiram pokok di tepi jalan ketika sedang menunggu kesesakan lalu lintas reda.
Gelagat lelaki itu menyiram pokok yang ada di tepi jalan itu telah sempat dirakam oleh seorang individu lain yang berada di dalam kereta di belakang lelaki itu.
@phetjessada จะรั่ว ? เป็นคนใจเย็น นิ่งให้เป็น รถติดเป็นเหตุสังเกตได้
Artikel Berkaitan: Kereta Rosak Di Tengah Jalan Sebab Suhu Menaik, Tindakan Polis Ini Raih Pujian Netizen
Artikel berkaitan: “Berbudi bahasa betul” – Pelajar Dipuji Salam Cium Tangan Abang Polis Lepas Kena Saman
Dalam video yang berdurasi selama 18 saat yang dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai phetjessada, dapat dilihat lelaki itu sedang menyiram pokok dengan menggunakan paip getah.
Memetik laporan Must Share News, difahamkan, kesesakan lalu lintas tersebut berlaku di kawasan persimpangan Ratchaprasong di mana ia merupakan lokasi terletaknya salah satu pusat beli belah terbesar di Bangkok iaitu centralwOrld dan turut berhampiran dengan Siam, iaitu sebuah lagi kawasan membeli belah popular di Bangkok.
Difahamkan juga, ketika lelaki itu sedang menyiram pokok, tiada sebuah kenderaan pun yang membunyikan hon kepadanya.
Rata-rata netizen tertanya-tanya dari manakah individu itu mendapatkan sumber air untuk menyiram pokok terbabit.
Ada warganet yang berpendapat mungkin lelaki itu membawa tangki air di dalam kenderaannya untuk menyiram tumbuhan berkenaan.
Mungkin juga dia memang bekerja sebagai tukang kebun yang bertanggungjawab untuk jaga dan siram pokok-poko yang ditanam di sepanjang jalan tersebut.
Sumber: TikTok @phetjessada, Must Share News