in

Lelaki Homeless Sanggup Berlakon Dijangkiti Covid-19 Semata-mata Nak Tinggal di Hotel Kuarantin Lima Bintang

Hotel 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak hotel di Malaysia telah digunakan untuk menempatkan rakyat kita yang baru balik dari luar negara untuk dikuarantinkan. Tu pun masih ada yang tak bersyukur kata hotel tu tak selesa. 


Namun, di New Zealand, ada seorang lelaki gelandangan telah berpura-pura dijangkiti virus korona sebab nak tinggal di hotel kuarantin bertaraf lima bintang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, lapor Daily Star.

Hotel 1

Lelaki tersebut menyamar menjadi individu yang baru pulang dari luar negara untuk tinggal di hotel kuarantin di Auckland, New Zealand selama 14 hari. Tak tahu lah nak sedih atau pun nak gelak pasal ni. 

Menurut Michael Woodhouse iaitu Ahli Parlimen Parti Nasional, salah satu hotel lima bintang yang menempatkan mereka yang sedang dikuarantin telah diduduki oleh lelaki homeless tersebut.

Perkara ini mula terbongkar apabila pihak pengurusan tanya tentang alamat rumah sebab mereka nak hantar lelaki tu balik selepas tamat tempoh kuarantin selama dua minggu.

Hotel 2

Rupa-rupanya dia merupakan seorang gelandangan sebab dia tidak mempunyai tempat tinggal. Difahamkan, dia berjaya join orang lain yang dikuarantin apabila dia beratur dalam barisan ketika kesemua individu terbabit sedang menunggu untuk ditempatkan.

Kiranya cara dia tu berjaya sebab dia dapat tempat tinggal, makan dan mandi dengan menggunakan kemudahan yang diberikan kerajaan. 

Baca:  [GEMPAR] Hotel Kuarantin Pesakit Covid-19 Di Beijing Runtuh, 70 Dilaporkan Terperangkap

Hotel

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.