Lelaki Di India Bina Sendiri Villa Ala-ala Kapal Titanic

Tambah ke Sumber Pilihan
Lelaki Di India Bina Sendiri Villa Ala-ala Kapal Titanic

Semua orang sudah pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman kan. Ada yang suka rumah banglo mewah, ada yang berangan nak ada rumah di tepi pantai dan ada juga yang suka rumah dengan konsep Bohemian. Namun, seorang petani di India ini pula cukup unik, kerana dia membina sendiri rumah idamannya yang berbentuk seperti kapal Titanic.

Menurut Oddity Central, Mintu Roy memang dari kecil berimpian untuk tinggal di dalam rumah seperti Titanic.


5Sumber: Oddity Central

Namun, bukan mudah untuk mencari kontraktor yang mampu membina rumah dengan bentuk kapal terbabit kerana ramai yang tak percaya dengan bentuk itu dan ada juga yang mahukan bayaran yang lebih dari yang dia mampu bayar.

Jadi, dia memutuskan untuk cuba membina sendiri rumah impiannya yang berbentuk kapal Titanic itu selepas belajar cara membuat rumah di Nepal selama tiga tahun.

Meskipun rumah itu belum siap walaupun pembinaanya telah memasuki tahun ke-13 kerana kekangan bajet, namun Mintu tetap berharap dia dapat menyelesaikan pembinaan rumah itu dalam masa terdekat dan sekali gus dapat tinggal bersama isteri dan anaknya dalam rumah kapal itu.

6Sumber: Oddity Central

Difahamkan, rumah kapal Titanic itu mempunyai tiga tingkat dan dia berhasrat untuk membuka restoran atau kedai teh di bahagian atas kapal suatu hari nanti.

Mesti cantik view dari atas kapal ni bila dah siap nanti kan. 

Kini, walaupun belum siap sepenuhnya, rumah itu tetap menarik perhatian ramai penduduk setempat sehingga ramai orang luar dan wartawan datang ke lokasi rumahnya semata-mata untuk bergambar.

Sumber: Oddity Central

Baca: Karam 111 Tahun Lalu, Ini 8 Fakta Tentang Titanic Korang Mungkin Tak Tahu  

Collage 12

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lelaki Di India Bina Sendiri Villa Ala-ala Kapal Titanic
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lelaki-di-india-bina-sendiri-villa-ala-ala-kapal-titanic/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM