in

Lelaki Bogel Cabul Wanita Dalam Lif Sebelum Terjatuh dari Balkoni Kondominium di Larkin

Cabul 2

Pagi semalam, seorang lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas mencabul guru tadika maut terjatuh dari bangunan tinggi. Kejadian mengejutkan itu berlaku di sebuah kondominium di Larkin, Johor pada jam 8.30 pagi.

Cabul1
sumber: world of buzz
Cabul2
sumber: world of buzz

Menurut World of Buzz, suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu menunjukkan ciri-ciri tidak waras semasa melakukan jenayah tersebut. Berdasarkan siasatan, suspek telah memasuki lif di tingkat tiga dan mula mencabul mangsa yang memang berada di dalam lif tersebut.

Wanita berusia 32 tahun itu yang juga penduduk di kondominum tersebut cuba melarikan diri tetapi suspek berjaya menariknya semula ke dalam lif. Lelaki tersebut kemudian terus menciumnya dengan paksa dan memukulnya di dalam lif itu.

Tidak mahu mengalah, wanita itu kemudian melawan dan berlaku pergelutan dengan suspek, menyebabkan terdapat kesan calar di belakang badannya dan telinga kanan. Pakaiannya juga terkoyak akibat daripada pergelutan itu.

Apabila lif berhenti di tingkat enam, mangsa yang trauma berjaya melepaskan diri dan terus berlari keluar dari lif. Lelaki itu kemudian panik dan berlari ke arah yang bertentangan dari mangsa. Bagaimanapun, dia dijumpai terbaring tanpa ada pergerakan di atas jalan selepas terjatuh dari balkoni. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Cabul3
sumber: world of buzz

Pengawal keselamatan kondominium itu kemudian segera memaklumkan insiden yang berlaku kepada pihak polis. Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca lelaki itu jatuh dari balkoni.

Rasanya, setiap perumahan perlu perketatkan kawalan untuk elak insiden macam ni berlaku. Bahaya untuk kaum wanita!

Baca: Remaja 14 Tahun Ekori Gadis Berusia 16 Tahun Pulang dan Merogolnya di Lobi Lif

Lif