Nota: Gambar di sebelah kanan adalah hanya untuk tujuan visualisasi.
Siapa sangka seorang remaja lelaki mempunyai keberanian melakukan jenayah berat di usia yang masih muda.
Seorang gadis berusia 16 tahun diekori oleh seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sebelum dirogol di hadapan lif. Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di sebuah flat di Bukit Panjang, Singapura, lebih kurang jam 5.30 petang, 3 tahun lalu.
Sebelum kejadian, ibu lelaki berkenaan memintanya mengedarkan risalah di beberapa flat berkenaan bersama adik dan rakannya. Selepas beberapa ketika, remaja itu berehat di kedai runcit.
Ketika itulah, remaja itu ternampak gadis berkenaan sedang melintas jalan di Orchard Road memakai dress tidak berlengan. Difahamkan, gadis berkenaan baru sahaja selesai kelas pastry di hotel berdekatan.
Melihat gadis itu sudah cukup membuat remaja berkenaan terangsang dan membuat keputusan untuk mengekorinya. Remaja itu malah berani untuk menaiki lif yang sama dan keluar di tingkat 9 bersama-sama gadis tersebut.
Perogol berkenaan sempat mengucapkan ‘Baby, saya sayangkan kamu’ sebelum menolak gadis itu ke dinding dan mencabulnya. Seluar dalam gadis itu kemudian ditarik dan diserang secara seksual menggunakan tangan di lobi lif.
Bimbang gadis itu akan menjerit dan melarikan diri, perogol berkenaan memegang lengannya dengan kuat dan memberi amaran bahawa beliau mempunyai pisau. Gadis itu kemudian ditolak ke lantai sebelum dirogol.
Bukan setakat itu, perogol tersebut turut mengambil sikat berukuran 15cm dari beg dompet mangsa dan melakukan serangan seksual terhadapnya. Selepas itu, beliau memasukkan sikat berkenaan ke dalam mulut gadis tersebut dan gadis itu serta merta menolak keluar dari mulutnya. Ewwww!
Selepas selesai merogol gadis itu, remaja lelaki tersebut sempat mengucapkan ‘bye bye’ sebelum memasuki lif dan berlalu pergi dengan begitu tenang sekali.
Gadis itu pula, terus berlari ke rumahnya selepas insiden berlaku. Meskipun ayah dan kakak sulungnya berada di rumah, mereka tidak menyedari tragedi yang dilalui gadis itu. Mereka hanya mengetahui tentang hal itu selepas gadis berkenaan memberitahu perkara sebenar kepada ibunya. Keluarganya kemudian membuat laporan polis keesokan hari.
Lelaki itu kemudian ditangkap dua hari selepas insiden dan difahamkan beliau merupakan suspek rogol paling muda di Singapura.
Rupa-rupanya, lelaki berkenaan mempunyai banyak rekod jenayah seperti meragut, pecah rumah, mencuri dan menyimpan barangan yang dicuri. Beliau ditahan pada 18 Julai 2014 dan didakwa di mahkamah.
Beberapa hari kemudian, beliau dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30,000 tetapi ditangkap semula pada 9 Oktober 2014 kerana dituduh mencabul bahagian belakang seorang gadis dan didakwa di mahkamah sekali lagi. Tak serik serik dia ni!
Selepas didakwa dengan pertuduhan berkenaan, lelaki itu merogol seorang gadis berusia 16 tahun di lobi lif dan ikat jamin tidak dibenarkan memandangkan beliau mempunyai rekod jenayah yang banyak.
Mangsa rogol berkenaan dilaporkan mengalami kemurungan dan sering teringat akan pengalaman pahit dirogol selain menjadi paranoid dengan lelaki dan takut menaiki lif bersama orang yang tidak dikenali.
Lelaki itu yang kini berusia 16 tahun mengaku bersalah dengan 9 pertuduhan pada Isnin pagi.
Akhirnya lelaki itu dihukum sewajarnya mengikut kesalahan dan jenayah yang dilakukan!