Sepasukan doktor dari Lithuania dilaporkan telah berjaya melakukan pembedahan keatas seorang lelaki untuk mengeluarkan lebih daripada sekilogram objek besi pelbagai jenis yang telah ditelan oleh lelaki berkenaan.
Lelaki yang tidak didedahkan identiti tersebut pada awalnya telah dikejarkan ke hospital di pelabuhan Baltik di Klaipeda kerana mengadu sakit di bahagian perut.
Hasil daripada imbasan x-ray mendapati, terdapat pelbagai objek yang terdiri daripada besi termasuklah paku, skru dan pisau dan semuanya didapati lebih dari 1 kilogram selain objek terpanjang berukuran 10 sentimeter.
Menurut pakar bedah Sarunas Dailidenas, kesemua objek asing tersebut telah berjaya dikeluarkan dalam pembedahan yang berlangsung selama 3 jam.
Lelaki tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan kesemua objek termasuklah yang bersaiz sangat kecil dan menurut Forbes, tabiat menelan besi ini disifatkan sebagai masalah mental yang dikenali sebgai ‘Pica’ dan pesakit akan menelan objek bukan makanan.
Namun, menurut laporan berita tempatan, difahamkan lelaki berkenaan dipercayai mula menelan objek besi ini kira-kira setahun lalu selepas dia berhenti meminum alkohol dan ketika ini dia sedang diberikan bantuan psikologi.
Sekiranya korang ada masalah psikologi, dapatkan bantuan sepatunya, janganlah lakukan tindakan tak sepatutnya.