in

“Lebih baik patuh, jika tidak PKPB jadi PKP semula”

Lepak Pkpb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita lihat dalam video dan gambar yang viral di media sosial, ramai orang dilihat sudah berani keluar rumah seperti biasa dan kebanyakannya tidak mengamalkan social distancing.

Menurut Harian Metro, kerajaan sendiri sedia maklum dengan sikap masyarakat yang ambil mudah kelonggaran diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Pasar1

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ada ramai yang ambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas seolah-olah tiada undang-undang. Malah, ada juga ibu bapa yang tak prihatin dan membawa anak keluar ke pusat beli-belah.

Saya nak tekankan bahawa Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa dan apabila kita melonggarkan, rakyat mesti patut kerana bimbang kes baru akan berlaku dan kes positif Covid-19 meningkat.”

Ismail 1

Disebabkan itu, beliau mengingatkan rakyat agar patuh dengan perintah kerajaan jika tidak mahu PKP dilaksanakan semula. Katanya, jika berlaku ketidak patuhan, PKP Fasa 1, 2 dan 3 akan diperkenalkan semula.

Saya beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal PKPB, sebaliknya ia boleh menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran.”

Jika rakyat mahu terus menikmati PKPB atau mungkin semua ini tamat, semuanya bergantung dengan sikap masing-masing sama ada mahu patuh atau tidak.

Tidak mustahil kembali ke PKP dan pergerakan terbatas semula. Jadi lebih baik rakyat patuh dan PKPB ditamatkan sebelum kita bebas bergerak semula dengan SOP diperkenalkan nanti.”

Pesanan saya, teruskan berada di rumah, patuh kepada undang-undang dan saranan kerajaan.”

Ntah korang niiii. Kalau takde hal penting duduk je rumah tu, nanti jangan marah pula kalau kerajaan buat PKP balik!

Baca: [TERKINI] “Tak boleh panggil tukang gunting rambut ke rumah”- Ismail Sabri

Feat 23

Sumber: Facebook
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.