Layang-layang Disangka Keranda Terbang, Rupanya Tak Ada Kaitan Unsur Mistik Pun

Tambah ke Sumber Pilihan
Layang-layang Disangka Keranda Terbang, Rupanya Tak Ada Kaitan Unsur Mistik Pun

Baru-baru, media sosial Indonesia gempar dengan gambar objek terbang berwarna hijau yang dikatakan menyerupai keranda terbang. Menurut Suara.com, perkara itu mula viral dalam kalangan netizen negara itu setelah foto tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter dan Instagram.

Kite K2Sumber: Suara.com

Jadi, ia telah menimbulkan kekecohan netizen yang menyangka perkara itu ada kaitan dengan unsur-unsur mistik sebab sebelum ini pernah ada filem seram Indonesia yang mempunyai unsur yang sama iaitu Lampor Keranda Terbang. Filem terbabit telah ditayangkan pada tahun 2019.


Kite K4Sumber: Syok

Namun, rupa-rupanya, mereka dah salah faham sebab objek tu sebenarnya merupakan layang-layang yang berbentuk keranda terbang. Siapa punya idea lah buat layang-layang bentuk seram macam ni? 

Tapi jika dilihat sekali imbas, memang bentuknya pun mirip betul dengan keranda sebab selalunya kan kain yang digunakan untuk menutup keranda tu pun warna hijau.

Kite K3Sumber: Suara.com

Netizen yang lain pula menasihati orang awam untuk tidak berkongsikan gambar layang-layang tu dalam group Whatsapp keluarga sebab dikhuatiri akan menyebabkan kekecohan.

Tak kurang juga ada yang berpendapat gurauan layang-layang berbentuk keranda ini sebenarnya keterluan sebab takut ada yang salah faham dan sebar berita palsu.

https://www.youtube.com/watch?v=UfZAbP0qnzE

Min rasa kalau nampak layang-layang ni ketika siang hari masih okay lagi, tapi kalau tiba-tiba ternampak ketika waktu malam, mau terkencing kat situ jugak.  

Sumber: Suara.com, Syok 

Baca: Festival Layang-layang Dihentikan Lepas Kanak-kanak 3 Tahun Terbelit Tali Sampai Terangkat Ke Udara

Kite K1

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Layang-layang Disangka Keranda Terbang, Rupanya Tak Ada Kaitan Unsur Mistik Pun
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/layang-layang-disangka-keranda-terbang-rupanya-tak-ada-kaitan-unsur-mistik-pun/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM