in

Larikan Diri Lepas Beranak Sebab Tak Mampu Bayar Bil

Mother Smuggles Newborn Baby Out Of Msian Hospital Because She Couldnt Afford The Bill World Of Buzz 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai tak tahu, tapi warga asing yang tinggal di Malaysia sebenarnya dikenakan bayaran yang lebih tinggi untuk menggunakan kemudahan perubatan kat negara kita. Bila tak mampu nak bayar caj yang dikenakan, jadi lah macam seorang wanita warga asing di Kuantan ni.


Menurut WORLD OF BUZZ, wanita warga Myanmar tersebut tiba-tiba lari dari hospital pada jam 6 petang semalam dengan bayi yang baru dilahirkan sebab tak mampu nak bayar bil hospital. Difahamkan individu yang bukan warganegara Malaysia perlu membayar lebih kurang RM2,500 hingga RM7,000 untuk bersalin di hospital mengikut kelas masing-masing.

25Ampuan.transformed
sumber: wob

Dalam kejadian berlaku di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ni, jururawat perasan yang wanita berkenaan dan anak dia tak ada kat katil masa buat rondaan pada pukul 6 petang. Bila dorang hilang, jururawat tu terus la panic.

Pesakit lain yang ada kat wad tu pun cakap dorang tak perasan langsung kehilangan wanita tersebut dengan anak dia. Pegawai keselamatan yang ditempatkan di setiap pintu keluar pun tak sedar langsung bila wanita tu keluar.

“Pegawai keselamatan juga tak perasan bila wanita terbabit keluar kerana ada ramai pelawat masuk dan keluar pada waktu puncak,” kata jurucakap hospital.

27Track2 1506415552
gambar hiasan

Difahamkan bayi baru lahir kena pakai dua gelang iaitu pada tangan dan kaki sebagai tanda untuk pemeriksaan pengawal keselamatan apabila dibenarkan pulang. Jadi sebab tak nak kasi pengawal nampak yang dia larikan baby dia, wanita tu sembunyikan anak dia dalam beg sebelum selamba je berjalan melalui pintu belakang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Othman Nayan memaklumkan bahawa polis sedang menunggu laporan daripada pengurusan HTAA untuk melakukan siasatan lanjut.

Kesian baby tu kena sumbat dalam beg! Semoga bayi tu selamat dan mak dia jaga dengan elok.

NOTA: Gambar kiri adalah sekadar hiasan.

Baca: Keluar Tandas, Pegang Bayi… Ibu Terkejut Anak 15 Tahun Beranak Dalam Tandas Pusat Beli Belah

Ok 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.