Aktiviti berbasikal kini menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia disebabkan banyak gambar atau video viral menunjukkan geng pengayuh bermaharajalela di atas jalan raya tanpa mengendahkan pemandu kenderaan lain dan tidak menggunakan laluan basikal.
Tindakan mereka itu bukan saja membahayakan diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain. Meskipun pihak PDRM dah keluarkan arahan dan memaklumkan tindakan tegas boleh diambil jika mereka melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya, namun masih ada yang tidak ambil peduli.
Antaranya adalah geng pengayuh yang dijumpai berbasikal di sebuah jalan raya di Putrajaya baru-baru ini. Menurut mStar, perkongsian seorang individu di Twitter mendapat perhatian apabila tiga individu dilihat berbasikal di tengah jalan atas Jambatan Putrajaya pada Ahad lepas.
Malah, baru sehari berlaku kejadian kemalangan membabitkan pengayuh wanita yang dilaporkan meninggal dunia di lokasi sama.
Saya faham masing-masing ada hobi. Tak ada salah pun cuma mereka kena hati-hati. Cuba ambil pengajaran dengan apa yang dah berlaku.”
Saya sengaja lalu di kawasan Putrajaya itu keesokan hari selepas kejadian seorang pengayuh wanita maut. Jujur saya terkejut bila tengok mereka masih berbasikal dengan cara bahaya.”
Dah banyak kali sebenarnya saya nampak, ada juga yang selamba melanggar lampu isyarat.”
Pagi ini. Tempat yg sama kemalangan semalam. Langsung tak ambik iktibar. Padahal laluan basikal dah disediakan. Ntah lah, nak cakap lebih2 kang kena kecam pulak. @putrajayacorp @PDRMsia @Twt_PutrajayaWP @Twt_Cyberjaya https://t.co/yqNG1q5iv8 pic.twitter.com/cbwtPIlJL6
— 卂ㄥ-千尺乇ᗪㄖ (@chicanoz) December 20, 2020
Kata lelaki bernama Ezzat itu, banyak laluan basikal disediakan di Putrajaya namun geng basikal masih ambil risiko mengayuh di atas jalan raya.
Ramai salahkan orang Putrajaya, padahal yang berbasikal di situ rata-ratanya orang luar, bukan penduduk setempat saja. Geng-geng basikal ni tak faham, orang ramai bukan marahkan hobi mereka tapi marah sebab mereka tak guna laluan yang betul dan tak ikut peraturan.”
Baca: “Moga jadi pengajaran” – Penunggang Basikal Maut, Netizen Kongsi Pengalaman Berdepan Geng ‘Cyclist’