in

Kurang Dari 6 Jam, Lebih Separuh Harta Sajat Bernilai RM132,000 Telah Dilelong!

page sajat juta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi telahpun berlangsungnya proses lelongan harta usahawan kontroversi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman di kediamannya dekat Jalan Polo, Kota Damansara.

Hasil lelongan itu, lebih separuh harta Sajat yang bernilai RM132,000 selamat dibida oleh seorang lelaki hanya kurang dari 6 jam proses lelongan itu bermula pada tepat pada 10:30 pagi tadi.


OWA Resources Sdn. Bhd selaku plaintif yang diwakili oleh seorang peguam iaitu Zeti Zulkifili memberitahu bahawa bidaan lelongan awam untuk harta Sajat itu bermula dengan harga RM77,600 sebelum berakhir pada harga RM132,000.

sajat 3

“Seramai lapan orang mula membida pada pukul 10.30 pagi tadi dan pembida yang berjaya menawarkan harga paling tinggi perlu membeli semua barang lelongan sekali gus” – Zeti Zulkifli

Ujarnya lagi, bidaan tersebut telah dibuat sebanyak enam kali dengan tiga orang pembida. Set yang telah selamat dilelong dalam bentuk perabot seperti set barangan dapur, sofa, almari dan juga piano yang bernilai RM40,000.

Bukan itu sahaja, set bilik tidur di tingkat atas kediaman banglo dua tingkat milik Sajat akan dimiliki oleh pembida setelah segala proses pembayaran dalam bentuk tunai.

Difahamkan, lebih kurang 40 barangan milik usahawan yang kini berada di Australia berjaya dilelong hari ini bernilai RM132,000 dan bakal dimiliki seorang pembida lelaki dikenali sebagai Muhammad Syazwan.

Masih belum cukup untuk bayar baki pampasan

Menurut K! Online, Zeti menambah, walaupun lelongan tersebut berjaya mendapat jumlah RM132,000 namun ianya dipercayai masih belum cukup untuk membayar lebihan wang pampasan yang gagal dibayar Sajat.

“Jumlah itu masih belum ditolak dengan denda mahkamah menjadikan baki pampasan lebih kurang RM50,000, jadi pihak kami perlu menilai semula langkah yang bakal dilakukan selepas ini” – Zeti Zulkifli

Kini, pihak plaintif akan mengira semula jumlah baki yang harus diselesaikan dan sekiranya masih belum cukup, mereka akan menjalankan satu lagi proses lain untuk mencari jalan penyelesaian bagi kes tersebut selepas mendapat arahan dari Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk keluarkan semua barang milik Sajat dengan serta merta bermula pada hari ini.

Baca: Aset Sajat Dilelong Hari Ini! Orang Ramai Boleh Datang Beli Di Kota Damansara

page sajar

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.