in

“Kucing tu masuk dapur makan, saya pun ikut” – Abang Terhibur Dengan Alasan Adik Ponteng Puasa

Cats 101

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak yang masih belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, namun kadang-kala mereka diajar untuk berpuasa selama beberapa jam atau setengah hari untuk membiasakan diri dalam bulan Ramadan.


Bercerita tentang puasa, tular sebuah video seorang lelaki yang berjaya menangkap adiknya sedang makan meskipun dia sedang berpuasa pada ketika itu.

1 15

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai Ace ini menyergah adiknya yang sedang makan. Selepas ditanya mengapa dia membatalkan puasa, alasan adiknya membuatkan Ace geli hati dan terhibur.

Berikut adalah perbualan mereka:

Abang: Kenapa kamu batalkan puasa?

Adik: Sebab saya lapar.

Abang: Belum pukul 11 pun lagi.

Adik: Tadi kucing tu masuk dapur, jadi saya pelik dia nak pergi ke mana. Saya ikut dia dan nampak dia tengah makan. Jadi, saya ikut serta makan sekali.

Abang: Kamu batalkan puasa sebab kucing tu makan?

Adik: Ya, sebab dia yang batalkan puasa.

2 13

Menurut adiknya, dia hanya mengekori kucingnya dan mendapati kucing itu telah membatalkan puasa dengan makan. Jadi, dia hanya mengikuti perbuatan kucingnya itu.

Bagaimanapun, lelaki ini tidak memarahi adiknya kerana membatalkan puasa. Sebaliknya dia terhibur dengan alasan unik yang diberikan.

Video penuh:

@ace_km3

#fyp #foryou #viral #somali #somalitiktok #ramadan #siblings #xyzbca

♬ original sound – Ace?

Anda pernah dengar alasan pelik dan unik yang orang guna untuk ponteng puasa? Cuba kongsi di ruangan komen.

 

BACA: “Adab sendiri mana” – Wanita Dikecam Rakam Orang Dikatakan ‘Tak Boleh Puasa’ Makan Di Restoran Sebelum Buka

Buka10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.