in

Kopi Joss Yogyakarta: Letak Arang Panas Dalam Kopi Untuk Rasa Unik Jadi Pilihan Ramai

Cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini penggemar filem P Ramlee? Jika anda pernah tonton filem Nujum Pak Belalang, ada satu babak di mana Pak Belalang menyuruh anaknya, Belalang untuk menyediakan kopi buat tetamu yang hadir.


“Asal hitam macam kopi jadi lah”, ujar Pak Belalang.

Oleh kerana rumah mereka kehabisan serbuk kopi pada ketika itu, Pak Belalang meminta anaknya untuk menggunakan arang yang ada agar bancuhan air kelihatan hitam seperti warna kopi.

Pada ketika itu, rata-rata daripada kita terhibur dengan telatah Pak Belalang dan anaknya. Mana tidaknya, mereka menyediakan air serbuk arang kepada tetamu. Lebih lucu, tetamu yang hadir kelihatan hampir tersembur selepas minum kopi istimewa daripada keluarga Pak Belalang.

Tapi siapa sangka, di Indonesia ada kopi yang menggunakan arang sebagai bahan unik untuk menjadikannya lebih sedap!

1 20

Adakah resipi kopi ini diinspirasikan daripada filem Nujum Pak Belalang?

Cara baru untuk minum kopi!

Di Yogyakarta, Indonesia, ada satu resipi kopi yang menjadi kegemaran penduduk tempatan dan para pelancong. Kopi Joss menjadi semakin popular selepas ramai yang mula suka akan rasa unik kopi ini.

Untuk pengetahuan anda, kopi Joss adalah kopi kosong atau kopi susu yang ditambah dengan arang yang panas. Pasti kedengaran pelik buat anda, namun ramai yang mengatakan rasa kopi Joss ini seperti ada perisa tambahan karamel yang dibakar.

2 15

3 10

Nama ‘Joss’ berasal daripada bunyi arang panas selepas diletakkan dalam kopi. Idea penghasilan campuran kopi dan arang ini pula muncul pada tahun 1960-an daripada sebuah kedai kopi yang dimiliki oleh Pak Man.

Ada sumber mengatakan, Pak Man mahu kelainan dalam kopi yang dijual berbanding dengan kedai kopi lain. Jadi dia menambah arang untuk rasa yang unik. Namun, ada juga sumber yang mengatakan Pak Man tidak sengaja mencipta kopi arang ini.

Berani cuba tak?

Selepas baca penerangan berkenaan kopi Joss di atas ini, adakah anda masih berminat untuk mencuba minuman unik ini? Jika ExtraJoss menjadi minuman kegemaran kebanyakan orang di kedai mamak, kopi Joss pula adalah minum yang menjadi pilihan hampir semua orang di Yogyakarta.

Rata-rata penggemar kopi Joss percaya bahawa minuman ini mempunyai banyak khasiat dan mampu untuk membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Bagaimanapun, masih tiada kajian berkenaan kesasihan berita ini.

Buat anda yang bercadang mahu pergi ke Yogyakarta selepas pandemik ini kembali tenang, jangan lupa cuba kopi Joss okay!

Siapa sangka resipi kopi Pak Belalang kini menjadi kegilaan ramai.

 

Sumber: Discovery Your Indonesia, KL Foodie

 

BACAResepi Japanese Fluffy Pancake Dalam 7 Langkah, Senang Je Rupanya!

Cats 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.